Monday, April 9, 2012

cantek lor

"cantik ker bini dia"


mestilah cantik kan?ciptaan Allah


hurm soalan jenis apakah ini? semua manusia dicipta punya kelebihan masing2. cantik atau tidak bukan kita yang berhak untuk menilai. Allah Maha Mengetahui.


tetapi mengapa kita sebagai manusia perlu mengeluarkan soalan seperti ini? jika di lihat semula, yang bertanya tu pun tiada beza. punya 2 biji mata , 2 lubang hidung, 1 mulut, gigi yang rata. maka, tak perlulah nak lontarkan soalan bodoh  dan  pada hakikatnya, aku yang jadi marah.


berkahwinnya kita, bermakna Allah telah temukan jodoh kita denganseseorang yang terbaik untuk diri kita. cantik atau tidak, putih atau tidak mahupun kurus atau gemok, pokok pangkal adalah hati kita. dan yang penting, mereka adalah milik kita. buat apa kalau muka hensem tapi perlu berkongsi dengan manusia lain kan?oppps telebih sudah...


jadi, berfikirlah dulu sebelum mengeluarkan kata2. peringatan untuk aku juga kerana kadangkala kita terlalu suka sampaikan tidak sengaja berbual mesra rupanya, kata2 kita mengguris hati dan jiwa teman gembira.




tak paham dengan mereka.

lots of luv
et