Saturday, October 30, 2010

pretty insun


Park In Soon merupakan bekas banduan yang telah membunuh kawan sekolahnya dan telah menghabiskan masa mudanya di penjara. Semasa zaman sekolahnya, dia mempunyai perwatakan yang menarik dan ramai yang menyukai dan menyayanginya. Tetapi selepas kejadian pembunuhan yang tidak disengajakan, dia selalu memakai cermin mata hitam dan takut memandang berjumpa dan bertentang mata dengan orang lain. Namun demikian, dia seorang yang tabah yang tidak mahu mengaku kalah dan mengharapkan kegembiraan dlm hidup. Yoo Sang Woo merupakan kawan In Soon semasa kecil tetapi terpisah kerana Yoo Sang Woo berpindah dan telah terputus hubungan. Setelah berjumpa pada satu insiden, Sang Woo telah jatuh hati dan mengharapkan In Soon menjadi kekasihnya tetapi berubah apabila mengetahui In Soon merupakan bekas banduan kerana membunuh kawan sendiri. Sejak itu, dia mula menjauhkan diri dari In Sun. saksikan Pretty Insun disaluran 391 setiap malam rabu dan khamis jam 0955pm dan siaran ulangan pada hari sabtu jam 0900 pagi. (ku cr dari cik google..hehehe)

Aku terfollow cerita ni coz aku ingat siaran ulangan untuk cerita sungkyunkwan scandal ada ari sabtu..rerupanya hari itu cerita aria had da. Masa tengok tu first episode.est gak cerita ni coz dia ni membunuh kawan baiknya semasa disekolah secara tidak sengaja kerana dia ingin membantu kawannya yang menjadi mangsa buli. Akibat pembunuhan itu, dia telah dipenjarakan kerana masih dibawah umur. Semasa di penjara In Soon ni pandai dlm masak roti n dpt sijil dlm pastry n bakery la tapi bila nak minta kerja dan tunjuk jer sijil tu dr penjara semua org tak nak amik dia kerja.tambahan pulak kesalahan dia adalah membunuh.so semua org takut la dengan dier.
In Soon ni cuba nak bunuh diri tapi dia terjumpa kawan lama dia nama Sang Woo n dia tipu Sang Woo kata dia cikgu sekolah. In Soon ni dulu duduk dgn nenek di tapi nenek dia dah mati. Dan dia ada seorang makcik yang ada laki garang. Rupanya makcik dier ni bagitau dia masih ada mak yang popular iaitu seorang artis. Hmm mcm tulah cerita dia yang aku tengok.setakat ni aku tgk dia dah jumpa mak dier n mak dia terima dialah..yang lain nanti kau tengok yer.tapi citer ni tak se havoc citer sungkyunkwan scandal..hehehe..tapi okla..boleh jer layan..