Saturday, October 29, 2011

bertapa sebentar

lama sungguh tak update disini. mcm2 nak coretkan tapi rasa kecewa sangat semakin bertambah pula..kecewa kenapa? mcm hal sebenarnya ataupun mungkin ini rasanya bila dah bertambah angka dah beralih digit kot.
"umar n alang"

diri ini kadang-kadang mahu saja menjerit dan mengalah. memikirkan segala hal yang kecil semakin diperbesarkan, yang remeh menjadi mainan umpatan, yang nyata benar disembunyikan, yang lemah terus ditindas, yang dilindung terus mengembang, arghhh sakit terasa.

aku masih lagi mencuba dan yang pasti, setiap hari yang aku lalui terasa gagal semuanya. kenapa rasa gagal dan kecewa? sebab aku gagal mengawal diri aku dari perasaan marah. setiap benda yang aku rasa tak betul dimata AKU tapi betol dimata mereka, aku akan marah. kenapalah aku perlu merasa begitu? YA ALLAH, kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi...aku mahu sahaja berubah. menyatakan "ia","boleh jer","ok" dengan senyuman ikhlas. tapi aku gagal juga. walaupun bersetuju, hati aku berbalah. mengatakan yang tidak sepatutnya walaupun muka aku manis umpama gula....sejujurnya, aku tidak suka sebegitu..membantu sesama manusia amatlah dituntut tetapi bila syaitan datang menyucuk, hatiku berubah semula..

doakanlah aku diberi kesabaran yang tinggi. aku mahu belajar menahan perasaan marah. aku mahu jauh dgn perasaan marah. semakin aku belajar, semakin pula aku diduga..alhamdulillah YA ALLAH..semoga aku terus diberi kesabaran yang tinggi dan segala pengalaman itu mengajar aku supaya terus berhati-hati menjalani kehidupan yang semakin sukar ini..

p/s:akan ku cuba terus berlari menggapai pelangi indah walaupun dialam mimpi

lots of luv
et
(semoga kita semua dirahmati)