Sunday, October 2, 2011

sesaje


aku lihat dia cantik
mula pasang niat mau suntik
biar pipi ku gebu berseri
biar hidungku mancung bak ct
biar daguku runcing umpama umie

aku dikelilingi mereka yang berkebaya
mula pasang angan mahu mencuba
berkira-kira mahu diet menggila
semua makanan aku skip serta merta
tapi bila malam aku umpama naga
perut meruntun mahu minta diisi segala
hurm..habisla diet aku musnah juga
bukan kurus tapi tambah serupa panda
atau anak beruang yang terlebih gula
uwaaaaa jiwa ku meronta semula
aku berjalan dengan sitinggi lampai
mula berkira membeli kasut tinggi sejengkal
menahan sakit walaupun badanku gempal
katanya mahu jalan seiring sejalan
walaupun lambat dah macam keldai
tapi aku teruskan walaupun menyesal
bila malam menjelang
mula mengaduh sakit dan sengal

aku terpandang bajunya yang cantik
mula mencari serata kedai dan butik
kononnya mahu jadi hak milik
biar boleh bergaya dan jalan serupa itik
bangga beb harga mahal bukan sikit
sanggup berhutang sebab bayar guna swep
cukup bulan melalak tak cukup duit
arghhh mula nak cari ahlong pinjam sikit
hehehe (selisih beb)


bersyukurlah aku dengan hidung yg ada 2 lubang
bersyukurlah aku dgn gg penuh walaupun mancung kedepan
bersyukurlah aku dengan pipi yang tembam
bersyukurlah aku dengan dagu yang menawan
dan beringatlah kamu wahai et
biar gemuk tanpa penyakit
dari kurus tapi macam2 sakit
alhamdulillah

p/s:sajer jer..ok?
tq

lots of luv
et