Thursday, January 26, 2012

Baju Kebaya Terakhir Bapak

aku suka tv9 sebab drama yang ditayangkan semuanya memang dekat dihati..huhuhu, maka
semalam malam sempat tengok cerita baju kebaya terakhir bapak...sedih sangat aku tengok cerita ni. mula2 jer air mata ni laju sangat mengalir. sedih sangat bila si "anoi"(azad jasmin) yang saja jer kenakan samsudin(dato rahim razali) sampai jatuh dia dari motor..kurang ajar sungguh..uarghh geram tol tgk lakonan laki si eira tu..thumbs up lol...
berikut adalah sinopsis cerita baju kebaya terakhir bapak.


Baju Kebaya Terakhir Bapak

25 Januari, 8.30 malam
Telefilem sedih ini mengisahkan dilema yang dihadapi oleh seorang duda bernama Samsudin yang merupakan seorang tukang jahit pakaian wanita yang terkenal di kampungnya. Dia mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Salmah dan Latifah. Semenjak anak-anaknya Salmah dan Latifah sudah berjawatan, mereka kian meminggirkan Samsudin di kampung dengan alasan sudah mulai hidup baru di Kuala Lumpur. Mereka malu dengan cara hidup orang kampung dan nekad hendak mengikis segala ”kekampungan” yang ada pada diri mereka.

Salmah telah menjadi seorang CEO berjaya di firma guaman manakala Latifah pula seorang GRO. Latifah membenci Samsudin kerana selalu memuji Salmah pandai hingga menyebabkan dia lari ke Kuala Lumpur dan menipu kononnya sudah bekerja tinggi. Suatu hari, Samsudin kemalangan dilanggar oleh seorang penunggang motosikal iaitu Anoi. Disebabkan Samsudin seorang yang lembut, Anoi membuat fitnah kepada Salmah bahawa Samsudin menyimpan lelaki kaya dan ada hubungan sulit dengan lelaki. Salmah pulang ke kampung dan memarahi ayahnya. Orang kampung juga turut membenci, memukul dan mengurung Samsudin di sebuah pondok. Samsudin menderita akibat fitnah dan tidak diselamatkan walaupun oleh anak-anak kandungnya sendiri. Lakonan hebat oleh Dato Rahim Razali, Eira Syazira, Zarina Zainoordin, Zaibo, Shahz Jazle, Azlee Khairi, Liza Abdullah dan Aizad Jasmin.




aku tak dapat tengok ending cerita ni mcm mana tapi dapat tau yang bapak dia mati terbakar sambil memeluk 2 pasang baju kebaya yang dibuat untuk majlis perkahwinan anak dia lakonan eira dan zarina tu la..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih..

p/s:sambung sedih jap..sob..sob..sob..(bestnya dapat peluk abah)

loyts of uv
et