Monday, January 16, 2012

kisah mereka

bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar coretan kisah sedih yang terjadi. yang baik jadikan teladan..

kisah 1

makcik A ambil anak angkat kerana tak der rezeki, anak lelaki. membesar sihat dan dibelai penuh kasih sayang. sampai jodoh, berkahwin dengan pompuan b. tapi pompuan b ni agak moden dan berlagak. pegi rumah mak mentua pun siap bawa cadar sendiri tak mau guna cadar makcik A. anak dia pun (cucu makcik A) tak bagi disentuh sebab takut kuman. maklumlah makcik A orang kampung. tapi makcik A ni bukan lah kolot sangat. dia moden dan sangat sporting. 1 hari mak cik A sakit. suami dia jaga dengan penuh kasih sayang. si anak?
anak memang dah lupa diri. tak sedar di untung dah la anak angkat, harta mak dia pun dia ambil. pandai putar belit cerita. jahanam punya anak. sekarang makcik A dah tiada. sedih bila aku kenangkan hidup dia yang ambil anak angkat dengan harapan bila tua kelak anak itu yg akan jaga dia. tapi sebaliknya malahan semua harta di ambil sebab mak cik A sangat sayangkan anak dia. sama lah dengan suaminya.
kisah 2
zaman 80 an, makcik B merupakan antara orang senang di satu bandar. dia pun tak der anak. maka diambil seorang anak angkat perempuan. makcik B sangat cantik dan baik. anak angkat itu membesar dengan baik. selepas bernikah, suami (menantu makcik B) bukanlah orang yang baik. mungkin tak mahu menyusahkan gamaknya padahal mak cik B sangat baik dengan dia. selepas harta dibolot, mak cik B diletakkan di satu bilik dan hanya dipakaikan pampers tanpa pakaian dan diberi makan telor rebus dengan alasan tak perlu "buang" banyak2. air pula diletakkan dalam botol plastik(yg letak kicap tu) supaya senang makcik B minum. kesian mak cik B. dimana letaknya timbang rasa mereka yang berhati manusia.


ini memang kisah benar. bagi aku kisah 1 dan 2 sama sedih tapi lebih sedih kisah 2 sebab makcik B dah tak der suami. jadi sengsara ditanggung sendiri.

sejujurnya aku sendiri dalam dilema bila memikirkan hal ini. bagaimana aku tua nanti? jika benar aku ada rezeki untuk mengambil anak angkat, adakah anak itu akan menjaga aku dan melor dengan baik bila aku tua nanti. adakah dia akan membacakan alquran ataupun alfatihah untuk aku nanti. bila memikirkan semua ini, membuatkan aku sangat2 risau. jika benar aku akan dilakukan seperti makcik A atau makcik B, kuatkah aku untuk tempuh semua ini. Ya Allah, bantulah aku...

teringat aku bagaimana kami menjaga arwah nenek kesayangan kami. beruntung nenek dapat anak seperti arwah abah dan menantu seperti mak. masa nenek sakit, mak dengan abah yang mandikan dia, pakai pampers, sediakan makanan yang sedap2 untuk nenek, kuih dan kudapan memang sentiasa ada tepi nenek sebab nenek kuat makan walaupun dia tak larat sangat nak bangun. mak akan pastikan kudapan mesti ada dlm bilik dia. hurmmmmmmmmmm..
ntahlah...yang pasti Allah Maha Mengetahui

p/s:Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan pada ibuku, ibu mertua serta bapa mertuaku. jauhkanlah mereka dari kesakitan. aku mahu terus berbakti kepada mereka.



lots of luv
et