Wednesday, February 29, 2012

lafazkan kalimah cintamu

melor belanja aku novel ni semalam..dan petang semalam aku mula baca tapi tersekat-sekat sebab air mata ni asyik bergenang ajer..serious memang sedih..baru habis 16 muka surat tapi ayaq mata berjejeh-jejeh keluar...sib baik kat opis...kalau dekat rumah confirm aku nangis kuat2...uwaaaaaaa..sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan aku.

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cinta


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


uwaaa..nak sambung baca lagi tapi pilu plak hati aku ni kan...(ceh nampak ganas tapi hati ada ayaq terjun)

jujurnya aku tak pernah baca pun karya siti rosmizah ni..lepas ni kena la cari mana2 buku karya dia sebab review yg aku cari pun ada 2 novel yang hit tulisan dia..

hurmmm melor plss find the novel for me..muahaha..

p/s:rm26.90 jer

lots of luve

et