Tuesday, March 6, 2012

cerita ahad

(cerita bosan jer)

Ahad lepas sepatutnya melor kerja, tapi angin malas katanya. maka pagi2 gegar aku bangun ajak pi makan kat kedai lempeng. tapi aku malas nak join dia. pastu member keluar pagi2. aku ingat dia dah pegi kerja. dlm kol 8 balik umah. tak puas hati sebab plan dia tak jadi, akhirnya dia bagitau aku yang dia nak balik umah mak..muahaha..kengkonon boleh buat seprise kat aku tapi sebab aku tak layan, dia pun terpaksa bagitau.

aku pun melompat bangun. gerak dari umah 825 tapi singgahan kami punyalah banyak.hahaha...berenti kejap kat petronas seremban beli dunkin donut buat sarapan. then berenti kat rnr pedas linggi beli mangga ngan kerepek ikan lastly berenti kat kedai makan yg melor suka. kat simpang empat..kedai cendol pak din..makan nasi lemak aku buh sambal petai...muahhh memang feveret la kan...muahaha..
geram betol aku.lambat sungguh nak sampai coz menyinggah punya lama..itupun melor ajak berenti makan centol segar amat kat taman yayasan..tapi aku berjaya batalkan niat dia.hahaha
tapi singgah kat gelang cincin beli durian besar yang snagat sedap..huhuhu..gerai depan kedai sim(kawan abah)
sampai umah mak kol doblas. mak tengah buat halwa kelapa untuk orang bertunang..atam ada kat umah. bestnyer la...mak masak ketam masak lemak cili api buh kuchai..memang sangat sedap tapi aku kenyang lagi maka makan sikit jer.
masa aku sampai adik tengah kutip buah dokong..macam tak percaya rumah mak ada pokok dokong yang buahnya banyak..seronoknyaaaaa.
petang sket mak buat pau goreng, donut dan pau kukus. sangat-sangat sedap. mak aku memang pakar buat kuih. seronok sangat dapat balik tapi lebih seronok kalau along ada kat rumah mak.sebab along pun rajin buat kuih..uwaaaa rindu

petang tu aku dah balik nilai tapi jalan sangatlah jam. gila nak patah kaki melor.otw balik masa sampai hutan percha, terdengar esakan melor.rupanya dia teringat pada arwah abah. yerla abah sayang melor. dan melor sangat sayangkan abah. melor cakap dia sanggup belikan apa yg abah nak makan kalau dia dengar abah sebut. memang aku akui pun, masa abah ada dulu, pukul 1 pagi pun melor ajak balik bila aku off hanya nak hantar satay kajang. nanti jam 4 pagi kitorang balik la sebab melor kerja pagi..
melor sanggup pegi penang nak beli pasembor penang sebab abah ada cakap betapa sedapnya pasembor kat utara sana tu(abah pernah makan masa dia sihat).pun sama kami balik hari jugak.masa abah sakit, melor akan duduk teman abah kat hospital. melor cakap dia sangat sayangkan abah sebab abah aku baik..tapi yerla kan, orang baik selalu pergi dulu ^_^...sob..sob..abah pernah beli melor seluar pendek dan sampai sekarang itulah seluar kegemaran melor..hampir 9 tahun dah seluar tu..

takperla melor...kita sama2 doakan abah yer..janganlah u sedih2. u sedih i lagi sedih...

p/s:bersabarlah sayang

lots of luv
et



No comments: