Friday, April 6, 2012

cerita seram saya

http://syaf.frenzyfm.my/2012/03/contest-cerita-seram.html
kliksini

Owh aku di tag…oleh cik inachomel…hurm kalau kisah seram ni banyak kali terjadi tambahan aku yang keje takmacam orang normal kan(abnormal)..hehehe

Tapi yang ini kisah masa akubelum kahwin lagi. Masa tu kerja kat bank kawasan selayang. Duduk umah atok akukat selayang jugak. Dulu memang aku manusia paling penakut yang pernah family +sepupu aku jumpa kot. Tido mesti berlampu. Adik aku bib memang bengang kalau kena tido ngan aku.Lepas tu mesti tepi dinding. Tak mau tengah atau yang tepi.pegi toilet pun mestibuka semua lampu..penakut tahap gaban la kan...

Tiap malam aku tido ngan adik aku(bikan bib yer) . Memang dia jer teman akudan dia aja yang boleh follow aku tido dengan bilik yang mcm pesta cahaya.

Satu malam tu, cik ajak tido kat bilik belakang yang mana tempat tu atokbaru buat . Tingkap kat situ atok letak bidai yang mcm aluminium tu. Dan masatu juga sepupu aku nak kahwin. Lagi 2-3 bulan tak silap aku.

Makanya aku tido la ngan mak cik aku. Disebabkan bilik tu panjang, kitorangtido ditengah ruang. Jadi aku tido kat tengah2 la kan sebab dinding jauh..muahaha

Tengah syok tido tu, tiba2bidai tu dibuai angin. Kira macam angin kuat tu la kan..bila bidai tu berlaga dengan jerijitingkap, jadi bunyi bising la sket. Tapiiiiiii bidai yang berbunyi tu hanyalahbidai depan aku tidur. Yang lain ok.

Mula2 aku tak dengar. Kemudian bidai tu makin kuat bunyinya dan semakinlaju. aku budget mesti hujan lebat giler kan. So aku buka mata tengok kiri aku, cik dah tak der. Kanan masih ada adik aku..ok selamat

Kengdian sambung tido tapi aku dengar pulak bunyi orang pangil nama sepupuaku “maryam..maryam”.....kami panggil sepupu aku tu kak yong jer..maklumlaperak kan anak sulung panggil yong...tapi mak tok aku panggil dia maryam..namasebenar dirahsiakan..hahaha..

Mula-mula macam berbisik tapi Makin lama makin kuat dengar dia panggildiikuti bunyi bidai tingkat yang semakin kuat.dah la suara dia garau. Baru akuperasan yang cik memang dah tak der sebelah aku(sebelum tu mamai lagi).Maknanya dia memang dah tau la kan ada benda yang memanggil2 masa tu.. apalagi, aku terus bangun amik bantal aku masuk bilik sepupu aku tengok2 cik adatido kat situ. Terus aku hempas badan kat katil. Mula2 sepupu aku menjerit lasebab sakit kan..badan besar dugong hempap sepupu aku yang kering macam papantu..tapi sebab aku menggigil-gigil satu badan terus dia senyap n cik aku yangterjaga cakap “sshhhhh..takper .takper”. .mulut aku Cuma boleh cakapatam..atam..aku duk ingat adik aku yang tido kat tempat tu jer sebab aku takuthantu tu datang makan dia..hahaha

Esok pagi baru cik tanya kenapa. Cik cakap badan aku menggigil-gigil.Sepupu aku pun cakap benda yang sama. Dia rasa badan aku menggeletar.

Sebenarnya masa aku bangun nak lari masuk bilik sepupu aku t u, aku nampak matawarna merah dari bidai tingkat atok ..tepat jer pandang aku..kentang betol.manatak menggeletar satu badan. Nasib baik aku tak terkencheng ataskatil..hehehe..tapi sekarang aku dah semakin hebat..hahaha..dasar manusiabongkak..gila tak takut, kalau muncul mau pengsan aku.

aku mahu tag aDEqKU dan awenano

klik gmbar untuk syarat lanjut serta hadiah

lots of luv
et