Sunday, April 8, 2012

timun oh timun

semalam melor ajak sarapan di putrajaya. aku on ajer. kemudian ada orang teringin nak makan nasi carrot dan ayam kurma. tambah best ada acar mentah. so aku yang kengkonon hebat ni setuju ajer dengan menu dia. lepas sarapan kami beli barang. melor suruh aku ambil timun. ada 2 bakul timun yang satu tu comel jer bentuknya dan warna agak gelap. lagi satu biasa2 n warna agak cerah.aku pun ambil yang comel2 + gelap tu 2 biji. 

pergi kat melor tunjuk la kan. rupanya dia tak puas hati pegi kat tempat timun dan diambil timun yang cerah sket warnanya. sambil tu mulut membebel bagitau timun yang aku amik tu tak sedap, kering. lain kali nak buat acar ambil yang macam ni...


ok sebagai wanita yang chomel, aku mesti nak ambil timun yang chomel gak. mana aku tahu sedap ker tak. yang aku tahu itu adalah timun.


ok, aku ngaku lakan memang semua barang dia yang beli. aku cuma masak ajer walaupun selalu confius betol ker barang yg aku guna. selalunya adik aku, along atau mak jadi mangsa. mak aku ni kalau aku call dia, memang detail la dia bagi cara masak macam mana. tapi anak dia ni selalu skip mana yang dia rasa mcm tak penting kan..hehehe. sebab tu selalu tak sedap melor kan?


aku rasa aku yang kurang bertuah sebab tak dikurniakan bakat emas macam mak. along memang confirm la teror. bib dah tentulah sebab dia chef. adik aku tu pun pandai masak.sebab depa semua berdikari dalam usia muda. aku.......aku lambat sket dihantar berdikari. dah antar belajar jauh dari mak pun tak risau sebab kawan2 aku memang pakar masak(eta n wati). aku pakar potong memotong jer. itupun tak hancur la kan.hehehe


sebelum kahwin dengan melor 9 tahun dulu, along dah interview melor dan tanya betol ker tak kisah dengan aku, sebab aku memang satu benda kerja rumah aku tak tahu. hahaha. kesian ko melor..selalu makan sambal pahit...hahaha


susah betol la nak masak sambal. aku memang surrender tol kalau kena masak sambal. tengok intan ngan wani masak senang jer..sap sap sui...pling!!! terus jadi lauk sedap..kalau aku.....sap sap choi..meletup sudah dapur ku..hehehe


hurm selalu janji nak masak sedap2 kat melor tapi kang buka habis. alih2 pegi kat cik tong jer..sebab tak sedap. dari habis duit beli bahan mentah baik kita pegi makan ayam penyet kan melor kan...


p/s:melor cakap lepas ni nak pegi pasar tani supaya aku lebih kenal mana sayur yang elok
.sampai gitu yer kroniknyer masalah aku ni..sib baik laki aku kenal barang dapur.hahaha


lots of luv
et



2 comments:

Angah said...

tkpa dik,janji ko bahagia..kalo pandaimaska bagai pung tapi tok bahgio cemane....tkpa aiiii
janji abg meloq hang sayunggg kat hangg.ala mcm hang kat aselalu sayang awak ketat ketattt hahha

et said...

hahaha...yerla remy sahak hang beruntung dpt hang yang pandai semua benda..aku pandai punah boleh la..masa tak kedut ni boleh la sayang ketat..cuba dah kecut esok..hahaha