Saturday, June 16, 2012

kau kunci cintaku didalam hatimu

ada hikmah sebenarnya kaki aku terseliuh...
aku dapat jumpa mak..
kalau tak mesti lambat lagi dpt balik kg
memang rindu sangat dengan mak
rasa nak pelok-pelok mak jer
tak mau lepas2.

first day sampai,
mlm tu mak masak mee yang sedap
resepi baru mak katanya
mee yg digoreng dan last sekali
mak bubuh cili kering yang digoreng ditambuh dengan kacang tanah(pun goreng jugak)..kengdian tumbuk kasi lumat

melor makan banyak sesangat
aku tak berapa nak makan sebab kaki sakit..
shedap wooo mee tak cukup bahan mak..

pagi esok mak buat murtabak pisang
request by melor..
lepas tu mak masak kari kepala ikan untuk lunch
sedap gila mak masak.
paling kelakar tengok mak isap kepala ikan tu
sayang katanya..huhuhu

lepas lunch adik ajak main congkak
mestilah aku juarakan?
lepas tu mak dtg join
ingat nak jadi tukang sorak...
rupanya dia nak main lawan dengan aku
uwaaa sedih sebenarnya
sebab aku tau mak rindu kat aku
aku pun rindu sangat2 dekat mak


kitorang main sampai5 kali lawan
semua aku yang menang
hahaha
ada ker mak nak main pastu dia nak gerakkan mana2 lubang..
sepatutnya kan ujung ke ujung yang jalan dulu(paham tak)
hahaha
mak aku memang cute
adan cakap baik bagi mak menang
kalau tak derhaka..hahaha
memang best tahap cipan bila mak dapat tikam buah kat umah aku yang banyak..
moga aku ada peluang untuk main congkak lagi dengan mak

aku tau kadangkala kita dapat sesuatu tapi akan kehilangan sesuatu
aku rindu sangat nak bersama mak selalu
lepak dengan mak...mengumpat mcm2 hal dengan mak
huish rindunyaaaaaa mcm zaman remaja purba aku dolu-dolu tu..

hurm rasa nak pergi bercuti berdua jer dengan mak
seronoknyaaaaaaaaa


lots of luv
et

1 comment:

Anonymous said...

amin...moga ia akan kekal selamanya....