Friday, July 27, 2012

16. Balasan Orang yang Berhutang


Soalan: 
Apakah hukum dan balasan Allah kelak ke atas orang yang berhutang tetapi tidak membayar hutangnya pada hal ia mampu. Apakah yang perlu saya lakukan jika orang yang berhutang dengan saya seperti yang tersebut.
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.
Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya di masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak  Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.
Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam  membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

rujuk disini..mohon copy sini tau

semalam jumpa sorang mamat ni.kebetulan masa aku keluar dia tengah lalu..nasib baik dia dtg kat aku. dia keje bank sekarang. kira ok la kan income..tapi bila tanya jawapan standard 
"nie ha nak keluar pulak!" sambil tunjuk perut bini dia yg tengah ngandung.
eh ko yg hutang nak salahkan baby pulak..
lepas tu siap cakap kalau nak aply loan cari dia..habis tu apa kata ko jer buat loan tu n bayar kat aku..ok gak tu..

hurm malas nak layan org macam ni...aku pernah cerita mslh ni dulu..tapi biarlah berkarat dlm ni..

p/s:aku hanya insan yang lemah

lots of luv
et