Friday, July 27, 2012

8 tahun usia kita

dulu masa kecik bila cikgu tanya nak jadi apa, aku akan cakap lawyer...sudahnya jadi loyer buruk ajer.
da besar sikit tukar nak jadi akauntan..ni semua hasutan dari arwah abah..huhuhu..dulu abah ada kedai jadi aku memang selalu kemaskini akaun kedai abah..part time jer. jadi aku memang suka sangat dengan nombor tapi aku tak pandai sangat matematik..hahaha..jenuh kawan aku jar dulu masa sekolah tapi hampeh...
habis spm aku amik akaun..abah suruh tapi aku lebih suka kerja2 yang kasar dan yang macam jantan ni...aku sedar aku suka bertukang. menyesal pulak tak belajar pomen motor dengan abah kan?ok jugak apa kalau aku bekerjaya sebagai mekanik pompuan.boleh gak betolkan motor gp ker apa ker kan..hahaha
tapi sekurang2nya aku suka pada angka walaupun matematik aku lemah...habis belajar aku dapat keje kat bank..alhamdulillah masih bermain dengan nombor walaupun bukan akaun..hahaha
sekarang bidang kerja aku memang jauh lari dengan apa yang aku belajar dulu tapi alhamdulillah ini jugak yang aku mintak kan? dulu masa aku keje kat bank, aku selalu cakap ngan akak2 kat sana "ada tak kerja yang tak penat tapi banyak duit dan relaks"...haaaa amik ko....sekali Allah makbulkan, sampai bosan pulak la kan..dasar manusia tidak bersyukur..hehehe

alhamdulillah, kerja sekarang tak pernah aku gambarkan bahawa ia akan jadi profession aku suatu hari nanti..tapi aku tetap berbangga. alhamdulillah..dengan gaji yang aku terima setiap bulan, aku bahagia dengan melor walaupun kadang2 nak jer aku gigit-gigit melor tu..
dengan gaji yang aku ada sekarang aku mampu beli rumah yang aku duduk sekarang, bayar duit kereta, bawak family jenjalan walaupun kadang2 ada juga rasa semputnya.

kadangkala bila aku dan melor duduk berdua(alololo mcm ramai sgt dalam rumah), kami sendiri tak sangka akan terus menetap dikediaman yang kami suka dan selesa. suasana nyaman, sunyi sampai tupai pun buat sarang kat umah aku(ker sebab bersepah sangat), pagi2 burung berkicau, sekarang ni siap ada ayam lagi berkokok (jiran baru belakang umah bela ayam...memang best..mcm kampung pulak)..sangat2 mengujakan.

walaupun kehidupan kami hanya berdua, tapi aku sentiasa positif. kadangkala terasa jugak bila belum berhasil menambah bilangan keluarga tapi takperla..aku tak mahu kusutkan kepala hotak aku dengan soalan2 yang aku sendiri tak der jawapannya. biarlah ia menjadi ketentuan ilahi. ada rezeki, adalah anak kami..seperti rezeki yang Allah beri dalam kehidupan kami..insyaallah.

bulan ini bulan cinta bagi aku..bukanlah sebelum ini tiada rasa cinta. tapi bulan ni lebih sikit. bulan ini genap 8 tahun perkahwinan kami. masing2 dah dapat habuan masing2 kan melor kan...hadiah in advance.hahaha.alhamdulillah.

walaupun 8 tahun usia kita,
walaupun 8 tahun kita bertampar mesra
walaupun 8 tahun kita bermanja
tapi aku masih terasa
seperti baru semalam kita berjumpa...

happy 8th anniversary sayang..
sayang selamanya..

lots of luv
et