Tuesday, August 28, 2012

kuih owh kuih

masih dalam mood raya ker?
aku? mcm biasa org dah keje shift ni memang mood raya kelaut.
aku rindu sangat nak beraya mcm dulu-dulu.
beria-ria buat persiapan, pasang lampu sampai macam nak bakar rumah (ini keje melor)
lampu lip lap mcm nak sambut depavali pun iyer jugak,
puasa belum dah busy nak cari baju raya(ini pun keje melor)
pastu beria-ria macam teror buat biskut raya..muahaha

tapi yang paling aku rindu mestilah suasana kat rumah mak aku sebelum sambut syawal.
sangat seronok tambahan kami semua dah besar2. mcm2 menu yg akan keluar. tapi aku tolong potong2 jer...kalau masak2 kang ada yang terbuang.

tahun ni semua benda memang melor yang sediakan..mcm biasa la kan..
dari baju, barang rumah dan juga kuih raya. memang dia yang cari..kalau dahnama kuih raya dia, maknanya memang selera dialah kan...

tapi kalau raya2 ni 2 kuih yang akan aku cari iaitu semperit dan tart nenas. dulu masa bujang, kuih2 ni mak yang buat. aku tolong bakar. 2 kuih mak ni memang marvelous...sedap sampai kawan aku nama elin akan dtg rumah semata-mata nak makan semperit mak yang cair jer dlm mulut..Y aAllah sedap dan rindunya kuih mak.

sebelum raya aku ada kol adik dan dia tanya kuih raya aku..ada buat ke idok..for sure la tak der kan..hahaha...dia siap request suh aku buat kuih ulat bulu yang sedap sangat katanya...pergh kembang gila bila aku dengar padahal aku sendiri lupa kuih ulat bulu tu rupa dia mcm mana...memang tahun tu aku buat kuih kat rumah mak..mcm2 kuih aku buat. tapi semua resepi aku tak tulis..tanya kat mak dan aku buat ikut suka aku..muahaha...tapi hasilnya memang sedap..masa tu melor pun aku tak kenal lagi.

TAPI sekarang, hurm ntahlaaaa...puasa memang aku semangat tapi bab raya memang tak der semangat. tambahan abah pun dah takder..lagilaaaa aku rasa mood tu kelaut :(

owh rindu yer..hehehe

p/s:moga abang aku terus kuat..chaiyok2 abang

lots of luv
et