Tuesday, November 6, 2012

durian owh jamban

gila tajuk langsung tak bermoral..hahaha

dulu aku pernah tulis disini berkenaan jiran2 dirumah emak yang sungguh menjengkelkan perangainya. bukan semua tapi adalah sorang tu yang buat aku dan mak serta adik beradik yg lain susah hati dengan pangai dia. kami memang dah masak dengan perangai dia yang agak berhati busuk ni kan. memang luaran nampak takder menyusahkan pun tapi dalaman dia, masyaallah berbau bangkai. tapi kami sangat baik dgn dia sampaikan dia siap ckp dengan abah, dia cukup seronok kalau tgk kami adik badik balik.lagipun kalau balik kami tetap jumpa n salam dengan dia.punyalah berhemah kami tapi yerla manusia kan!

ok begini ceritanya, oleh kerana rumah felda adalah seluas 2 ekar, maka semua org akan tambah rumah dan tanam pokok buah-buahan.biasanya mestilah pokok durian menjadi pilihan. 

rumah mak memang dah di renovate. kemudian dapur mak ditambah ketepi sket kira sampai ke sempadan dan hampir dengan kawasan rumah jiran. kiranya dapur aku tu bila buka tengok la kebun durian dia...berhampiran dapur kami tu, mak buat bilik air dan tandas. makanya dapur mak tu memang hampir roboh bumbung dia sebab daun durian memang jatuh kat atas bumbung mak. pokok durian jiran memang besar dan berbuah lebat hasil baja kami kot..muahaha

abah pernah ckp elok2 dengan jiran supaya tebang sikit pokok durian tu..maklumlah dia plak tanam betol2 dekat sempadan..confirmla dahan2 menjuloq ke rumah kami..dia cakap kalau nak, tebang jerla...jadi abah yang memang semangat kental dan prinsip ada aku kesah(muahaha) potong dahan yang menjuloq kerumah kami siap ada buah lagi..tapi tak banyak pun buahnya. kena juga potong sebab kalau buah tu jatuh confirm bocor dapur mak. 

jiran kami tu ok relaks jer tak marah pun pada riak mukala tapi hati sapa nak tahu kan...selepas abah potong  dahan tu, abah sakit yang sangat teruk dan mungkin dah tersurat umur abah tak panjang, maka abah pun tinggalkan kami. 

pokok durian tu tak mati pun sebab abah suh potong sedahan jer. tapi abah pulak yang pergi(okkk tak lawak)..selepas hampir 3 tahun abah tinggalkan kami, setiap kali musin durian mak yang paling risau. bumbung memang dah bocor, dan dah dibetulkan. alasan bila diberitahu "sapa suh buat rumah dekat situ?" ok fine yang dia tu tanam pokok betul2 sempadan buat hapa. 

kes ni bukan aku jer, jiran belakang umah dia pun sama juga..kesian tau jiran aku yg lagi satu tu. sama jer daun atas bumbung tak payah cakap la kan. cuma untung durian tak akan jatuh atas bumbung sebab dahan dia tak der yang berbuah dan menjulur ke atas bumbung.
sekarang kan musim durian. jadi masalah ini memang berlakula tambahan musim hujan dan ribut. tentulah banyak durian2 yang belum masak gugur sebab ribut. daun tak payah cakapla kan..masa mak dtg sini untuk raya haji tempoh hari, adik balik awal sebab dia sekarang sudah menjadi orng penting difelda tu..hahaha..nyampah..bagus jugak dia aktif dlm felda..kurang-kurang dik ko nak kawin senang org kenal..muahaha..

adik bagitau, tandas umah mak dah berlubang sebab durian gugur dan membocorkan bumbung jamban itu.hahaha..pada mulanya memang kelakar. kami dengar sambil gelak tapi tiba2 jadi risau. tandas tu best dan selesa. bumbungnya jenis ardec jer..jadi kalau dah jatuh barang memang confirm la berlubang..

nasib baik la tak der orang yang sedang buat kerja kat dlm tu..hahaha.kalau tak malang yang berbau la jadinya..

sekarang bumbung mak tu diselindung dengan grill yang tak guna(perghh bumbung jamban siap ada grill tuu..kau hado)..maka kalau durian tu gugur confirm tak jatuh dlm mangkuk jamban mak...hadoi sedih betul la kan...

masa kejadian adik jer yg ada. adik aku tu memang mcm anak sulung kaedahnyer. suara dia ajer sampai sebatu dengar. apa lagi amuk sakan la member.jiran tu mungkin dengar tapi adik aku dia mana pk semua tu..marah punya pasal.

mak memang rancang nak buat dapur dan tandas kat tempat lain. mak nak renovate dapur tu sebab malas nak gaduh2 dah tua-tua ni..mana tau tragedi buruk berlaku lagi..iyer aku tau ajal maut ditangan tuhan tapi biarlah. pangai jiran tu memang pelik sikit.kami memang masak dgn pangai dia dan takut jugak.

sekarang jamban mak bumbung dah berlubang. kalau "nature call" tu memang menikmati keindahan dan udara segar la nampaknya..muahaha...

owh emak ampunkan anak mu ini..hehehe

p/s:moga cepat proses mak buat dapur baru tapiii musim ujan pulak sekarang ni..

pssstttt:adik kalau ko nasyid suara jangan sumbang tau..hahaha..ooo aku tau napa suara ko tinggi, rupanya ko memang ditakdirkan lead nasyid nanti..muahaha

lots of luv
et