Monday, January 14, 2013

kampung semarah padi


aku baru tengok cerita ni semalam (ahad pagi)...kelakar nak mampossss...hahaha...tambahan sebab ada beto.memang la aku suka.... leh tengok kat sini..
cerita ni diarah oleh melissa saila..memang best...tergeliat urut kentut tgk..huhuhu

sinopsis

kisah bermula bila Musalmah yang mengandung termakan buah cempedak milik tok ketua.
kemudian  Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.
Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se’marah’ Padi dalam kemarahan dari segi tutur kata mereka, perilaku mereka dalam keadaan marah semata mata. Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi. Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se’marah’ Padi masih lagi hidup dalam keadaan marah.
Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai. Kasim yang berasal dari kampung lain telah dibawa ke rumah penghulu Siak.
Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak, isterinya Tanjung dan anaknya Meriam. Setelah sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.
Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan(anger management) bagi penduduk kampung.

1 comment:

sailaaf said...

thanks et bagi link. kalo ada cite best lagi, sila lah share. aku suka!