Friday, May 10, 2013

mana mak!!!

selamat hari ibu mak..
alhamdulillah diusia 31 et diberi peluang bawa mak jadi tetamu Allah.
et diberi peluang sambut hari ibu dirumah Allah..
et sentiasa doakan kebahagian mak...
kuat mak,kuatlah et
sedih mak,sedihlah et
gembira mak,gembiralah et
et doakan mak terus dipanjangkan umur diberi kesihatan yg lebih baik,diberikan kekuatan dan tabah menghadapi ragam kami anak2 mak...moga rezeki mak bertambah murah...kami sayang mak selamanya...

sharing is caring
atam wasap tadi..

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak
kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu
balik dari sekolah agama.
... ...
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan
makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik
main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv
dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik.
Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau
tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin.
Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak
ambil berat di mana anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan anak-anak Mak
setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah.
Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju
barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab,
“Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh
yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh
menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa
menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya
mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik
yang sedang melayan facebook. Ayah
tahu yang Ayah tidak akan dapat
jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak
ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak
pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah
yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu
setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni
dah senja-senja pun merayap lagi. Tak
reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-
kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari
mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya "Mana
Mak?" apabila Mak tidak menunggu
mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak."
Apabila dapat nomor 1 atau kaki
melecet main bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak
lambat balik. Mak mahu tahu di mana
semua anak-anaknya berada setiap
waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah
lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan
"Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan
pintu menunggu Mak. Ayah resah
menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah
risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak
selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan
memakai payung yang sudah uzur. Besi-
besi payung tercacak keluar dari
kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak
apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti
di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang
mengotori kereta anak-anak Mak. Mak
usap bahagian depan kereta Ateh
perlahan-lahan. Mak rasakan seperti
mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap
repat. Senyum tertahan, hanya Ayah
yang faham. Sekarang Mak tidak dapat
lagi merasa mengusap kepala anak-anak
seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak
Mak akan menepis tangan Mak kalau
Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak
berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan
kereta Ateh itu. Mak cuma suka
warnanya. Kereta warna merah bata,
warna kesukaan Mak. Mak belum
merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah
tutupkan payung mak. Mak bagi salam.
Salam Mak tidak berjawab. Terketar-
ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-
anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak
suka makan kueh koci dan Mak malu
untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup
membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci
dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah
budak-budak tu nanti nampak kueh koci
kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan
Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak
sedang gembira menikmati kueh koci
sebagimana masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak
supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala
Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah
itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak
ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun
yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada
Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan
keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh
mengharapkan anak-anak melompat-
lompat gembira dan berlari
mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak
menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan
makan bersama. Setiap hari Mak
berharap begitu. Hanya Ayah yang
duduk bersama Mak di meja makan
setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan
jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk
mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan
masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak
telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh Uda telepon
budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telefon anak-anak
yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau
sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak
agar salah seorang anak Mak akan
menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang
menjemput Mak dengan kereta
barunya. Tidak ada siapa yang datang
jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar
telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-
anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada
kehidupan masing-masing. Tak payah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak
kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang. Nanti
kalau kita mati kita masih ada peluang
merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.” Mak faham buah hati
Mak semua sudah besar. Along dan
Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik masing-masing sudah
punya buah hati sendiri yang sudah
mengambil tempat Mak di hati anak-
anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata
Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-
anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak
ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi
Tuhannya bukan di sisi anak-anak
Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah,
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu
nisan yang berdiri terpacak. Batu
nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu
nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk
erat anak-anaknya apabila anak-anak
datang menerpa Mak semasa anak-
anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar
handphone berbunyi semasa ayah
telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak
Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak
lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa, hanya untuk
anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di
atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah
Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak
yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana
Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang
rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah
silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di
mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak
sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-
anak Mak ada orang lain yang
mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah
bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak
perlu bertanya lagi kepada Along, Angah,
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan
membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak
untuk naik kereta merah Ateh tidak
kesampaian. Ayah terbayang kata-kata
Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh,
kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah
kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh
memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana
Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya
soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering
keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir
usia.