Tuesday, June 4, 2013

raudhah

asslamualaikumm


Rasulullah SAW bersabda “Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

seperti ntry sebelum ini, hari pertama dibumi madinah, sampainya adalah malam. oleh kerana mak kurang sihat jadi subuh baru kami ke masjid nabawi. kemudian pulang kehotel kerana akan ada lawatan pada hari berikutnya. aku mencuba untuk raudhah...mutawwif mungkin ada beritahu pada jemaah lain tapi kami tak tahu kot. so aku ckp kat mak jomlah kita pergi cari raudhah. lepas subuh, aku ckp kat mak, kita tak yah balik yer mak. kita masuk jer ikut org. so dgn berbekalkan panduan dr blogger2 yg pernah cerita, aku pun meneruskan misi mencari raudhah..iyer tahun 2009 aku gagal ke raudhah kerana miss P menjajah diri. jadi aku mahu tebus kekecewaan dulu dan berharap dpt pergi. mak tunjuk juga tapi nampak sgt mcm ada yg berubah..aku tgk kat masjid nabawi tu ada nota bagitau la  masa nak masuk raudhah, pintu mana untuk jemaah wanita la kan..
so aku tanya mak, mak lapar tak. dia kan memang semangat. mak melor tak join coz dia pergi masjid dengan abah aka suaminya..mihmihmih.
lepas subuh aku terus gerak pelan2 dengan mak.kami terus ke makam baqi n masuk melalui pintu kat situ. kemudian aku tolak mak n  mata melilau-lilau.mak ckp salah ni..huhuhu aku degil n terus tanya mak guard kat situ..memang sesuai la depa tengah uruskan jemaah perempuan yg nakmasuk raudhah. aku cari papan yg tulis bahasa melayu..ia dia tulis bahasa melayu yer coz memang depa akan asingkan jemaah dr iran/india/melayu+indon dan lain2..mcm biasa sebab melayu ni sopan santun maka memang selalu antara yg terakhirla depa bawak masuk..huhuhu
tapi tak sia2 tunggu. mereka start buka raudhah untuk perempuan bermula jam 0730 mcm tu..(ms aku pegi tula)tapi yang melayu dan bertelekung putih tunggu yer..takper tak rugi pun dengar cakap security depa tu..ikut jer ckp mereka..kalau dia ckp duduk tu dgr jugak..masa tu aku tak tau yg wilcha kn ikut special group.
kemudian masa dia ckp melayu boleh masuk tapi security perempuan tu akan guide kita untuk terus ke raudhah..so follow dia lagi.sampai depan yang akan nampak kubah hijau, kena berhenti lagi sebab ramai org kan..so masa tu aku kn panggil sebab bawak wilcha kan.so ikut la plak group speacial punya. yg paling best aku antara barisan pertama..bengkak jer org kat belakang aku tu..muahaha..
perjalanan diraudhah senang jer tapi mereka dah kepung kawasan raudhah tu.bila dpt masuk jer kwsan raudhah aku terus melilau.tapi kena tunggu lagi sebab tmpt kecil. org ramai kan..cumanya tempat untuk wilcha ni asing dgn org sihat..maklumlah kang ada yg kn langgsar dgn roda plak kan..
bila security tu ckp hajjah jalan(slang arab la) aku pun jalan n pelik kenapa org berhenti then aku pandang karpet...subhanallah aku dah sampai dlm raudhah rupanya..aku dah pijak pun..karpet raudhah adalah hijau..karpet biasa merah yer..tapi hijau pun dah pudar sket..itu yg aku tak berapa nak perasan.
tapi sebab aku antara yg pertama jadi security tu suh cepat2 sembahyang..hohoho..tapi aku puas dah sebab dapat sembahyang cuma makam nabi aku tak dpt pegi coz depa kepong..nak pegi depan sket kena halau dengan securitynyer...dia suh keluar..uwaaa sedih tau...kemudian aku ngaji kejap dengan mak sambil tengok2 kat situ..best gila..yang ajaibnya sembahyang disitu walaupun sempit tapi aman sangatttt..
kemudian esoknya aku ajak mak pegi lagi tapi lepas subuh kami balik hotel dulu..dlm kol 9 pegi balik untuk masuk raudhah..aku berharap tak tutup lagi la kan raudhah..laju2 aku bawak mak..hahaha..
tapi kali ni bila dpt masuk tempat wilcha tu tak ramai sangat..lepas jer aku parkingkan mak, aku terus sembahyang..kali ni subhanallah semasa sujud aku rasa tenang-setenang-tenangnyaaaaaaaaaa...aku rasa seperti burung-burung indah berterbangan disekeliling aku..serius aku tak tipu..sangat2 mendamaikan..subahanallah..alhamdulillah terima kasih Ya Allah..terima kasih Ya Rasululullah..
walaupun org ramai berebut2 nak masuk raudhah, tapi aku dpt merasa ketenangan itu.sangat2 mendamaikan.hurmmm rasa nak pergi sekarang jer..muahahaha
walau apa pun terima kasih jugak pada emak aku coz kerana bantuan dia jugak impian aku untuk solat diraudhah dipermudahkan..maklumlah dia kan pakai wheelchair..huhuhu..terima kasih emak.
aku ada bawa kamera tapi  dr hp cap ayam aku jer..bawa pun sebab nak cari jubah yg jiran aku..lagipun aku memang nak ibadah..so aku tak mau aku lalai jika bawa hp..kang sibuk nak amik gmbr la, main game la..hehehe

so ni tips dr aku untuk ke raudhah..
-buka 3 kali jer setiap hari
    -selepas solat subuh
    -selepas solat zohor
    -selepas solat isyak
-ikut arahan security kat situ..biar lambat asal selamat
-berdoala sebanyak2nya sebab itu antara tempat mustajab
-tapi jgn terlalu selfish sampai org lain tak dpt berdoa.
-kalau nak pegi lepas subuh, baik pegi makan dulu..nanti lama nak tunggu turn dpt masuk..lagipun dia tak buka betol2 lepas subuh
-banyak2 istigfar..insyaallah ada ruang untuk kita nanti

lots of luv
et