Friday, May 2, 2014

bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama orang beriman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa  kami dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua mereka sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah  Engkau akhirkan umur kami dengan yg sebaliknya.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah  Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat yg berkekalan sesungguh nya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kpd kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.