Friday, May 29, 2015

#tok dah pi london part 1

assalamualaikum

alhamdulillah..selesai sudah misi aku dan melor..kembara membawa tokdah dan opah ke bumi london dan paris. aku sendiri tak sangka sebenarnya yg kami berpeluang bawa depa smua mai london. kembara kami berlima semuanya.. mak aku @ tokdah , mak melor @ opah, abah melor @ wan dan melor sebagai suami aku..hahaha...

kami berkumpul dirumah aku..terima kasih pada bib dan adik yang bawa mak dr selayang..mak mai selayang dulu. pi jumpa abah tok n mak tok.hari kejadian adalah khamis 21/5 menaiki mh002 ke kota london.kami bawa 3 beg pakaian dan 1 kotak berisi penuh makanan..segala frozen food n 3in1 kami bawa...
perjalanan dimudahkan bila perkhidmatan kerusi roda yg disediakan amat membantu. penerbangan yang berlepas di c27 pada jam 2315 mengambil masa hampir 14 jam.

3 hari sebelum kami terbang, tokdah dah risau..dia demam dan hilang selera makan sebab takut sangat..kesian tok dah. hampir2 tokdah nak batalkan percutian ni..tapi semua bagi semangat pada dia.
perasaan aku bercampur baur. memang banyak2 doa supaya semuanya dipermudakan..maklumlah bukan pegi langkawi..ini pegi london okeh...

lepas maghrib kami bertolak ke klia. lepas uruskan urusan check in. kami tunggu sehingga jam 10pm utk perkhidmatan wheelchair yg ditawarkan. sebelum tu aku pegi solat isyak dulu..aku terlupa nak jamak je sebab takut punya pasal...yg lain semua dah jamak sesiap kat rumah.



semasa dalam kapal. aku duduk seat berdua dengan tokdah. seat ada 3. jadi lepas mak makan, aku suruh dia baring. 6 jam pertama tokdah tido siap baring baik punya...kemudian dia bangun dan aku suh dia tengok movie..dia tengok cerita lelaki harapan, 3 movie p ramlee dan 1 cerita hindustan(shah rukh khan)..baru sampai london...tapi bak hang, dia punya gelak ms tgk cerita lelaki harapan tu sampai aku plak termalu..hahaha...kelakar sangat kot cerita dia..tok dah is too cute.

di london kami sewa homestay milik keluarga kak hairani di neasden. kak ani dan hj azhar ada restoren di portabello nama makan restoren tak silap aku. sewa semalam 35pound sorang sekali makan malam. sangat2 selesa. bas depan rumah je.. berdekatan dengan wembley stadium dan ada pasaraya jugak..area wembley ni best sebab dia relax je..kebetulan kak ani balik m'sia sebelum aku dtg london, maka kami jumpa dia di terminal sahaja. 

semasa tiba, aku berurusan dengan anak kak ani nama fairuz..alhamdulillah dorang banyak sangat bantu aku.
walaupun depa busy, tapi aku wasap je nak tanya apa2..hahaha...lepas tokdah, opah dan wan rehat, aku n melor keluar cr oyster card. sebab nak pegi malaysian hall..nak jumpa kawan wan. org kg wan..dia keje dekat kedutaan malaysia.

bawah ni kwsn kami tinggal..nyaman sangat..masyaallah.


kebetulan kami sampai hari jumaat, maka melor n wan pi solat jumaat. dia cari sendiri atas bantuan si fairuz jugak la. lepas solat kami siap2 terus nak pi malaysian hall..

sekalinyer lift ditube station berdekatan malaysian hall(akulupa nama) rosak.. kena guna tangga setinggi 132 anak tangga..mak aku punya gagah la naik...allahuakbar..mak aku memang kuat semangat. lepas tu tak larat n dah lama sangat, maka aku dgn wan je pergi cr mana lokasi malaysian hall tu. jauh jugak so kami jumpa la depa depan malaysian hall....baik betol kak fatimah ni.depan belanja kami makan n siap antar balik naik bas utk ke neasden. 

sebelum pulang, kami ke oxford street. tengok2 barang sket bila keluar je tengok2 mcm kenal je mamat baju merah tu..rupanya staff kat tempat keje aku..hahaha...hadoi..seronok tol kitrg..


kol 8 baru ktrg gerak..8 pun sama mcm kol 6 ptg dimalaysia...masih terang...jam 9 mlm masih ada cahaya.
selesai hari pertama di london. malam tu mak kaki cramp. banyak kali. aku sampai tak tido..sian mak...segala minyak panas, stokin smua aku buh ke dia..alhamdulillah mak tak demam..opah dgn wan pun tak demam...terima kasih Allah