Wednesday, July 22, 2015

Ada ruang tak untuk saya

Bila dilihat hari yg lepas
Mahu menangis tak bersuara
Namun bila dikenang yg indah
Ia mati seketika
Terhenti bukan tanda menyerah
Bukan makna rasa bersalah
Tidak jugak terus melatah
Tapi hanya perlu sedikit ruang untuk bertenang
Mencari serombong untuk bernafas
Melihat ketempat yang semakin sempit
Memandang walaupun perasaan perit
Melukis disaat sedih
Melakar pelangi dikala hujan membasahi bumi
Dan aku melihat aku yg buntu
Muatkah aku duduk disitu
Layakkah aku gelak seperti dulu
Atau hanya seperti penyapu
Yg ada atau tidak terus kaku disitu

Menanti pelangi dikala kemarau
Hanya tuhan mampu tunaikan
Berhati2 dgn permintaan
Atau aku yg berangan dalam pelukan mimpi ngeri yg jadi kenyataan