Wednesday, April 6, 2016

Seronok ke

Seronok ke jd sombong?
Tak best pun...
Penat
Takde kawan
Takde teman sembang
Takde peneman makan
Takde kawan jalan2
Walau bukan utk makan sepinggan
Cukup untuk disapa hai hai
Bukan untuk tido sebantal
Cukup kau tahu dan paham
Apa erti kawan

Sombong dan ego
Mana paling menang
Dua2 pun bersifat malang
Andai dlm diri tertanam
Terus merasa gah tak boleh di pandang
Andai dilihat
Biar ku pandang belakang
Atau kiri dan kanan
Dr wajah sombong mu
Yg kadang aku sendiri tak paham
Hodoh sangatkah aku sebagai kawan
Busukkah aku jika jalan beriringan
Pendek kah aku kalau berpimpin tangan
Terukkah aku jika mahu berkawan
Arghhhh

Mungkin kita tidak setaraf
Aku budak kampung yg gemuk pendek dan berlemak
Muka berminyak..gg bak ombak
Badan berlendir berbau hanyir

Aku bukan seorang yg cepat mesra
Tapi aku bukan pencari dosa
Aku akan cuba kuat melaluinya
Walau aku hilang kwan2 smuanya
Walau aku pula menjadi punca
Tak mengapa...jangan cr aku disana
Kerna terlalu banyak dosa tak tertanggung rasa
Walau hati sakit dan pedih melanda
Aku kuat demi keluarga
Dan yg pasti melor semata....