Tuesday, August 23, 2016

Selamat beribadah

Tahun ni aku berpeluang bertugas utk kapal haji di klia..walau tak berpeluang menjadi petugas di mekah tetapi menjdi antara org terakhir yg mengucapkan selamat pd jemaah pun dah cukup menggembirakan aku...gembira sebab biasanya staff yg bertugas akan keluar dr roster dan berpeluang keja opis hour...
Tapi org kata jgn suka sangat..betollah..aku dapat jadual penerbangan semasa raya x silap aku..ms melor admit nci..jd perasaan nak amik tau kurang..dan bila semangat mai..tgk jadual terus kembali merudum..
Kami perlu bekerja malam sahaja tanpa henti mengikut jadual kapal....
Gembira kerja malam atau gembira keluar roster tak memberi apa2 makna dah aku rasa...jadual minggu pertama dan kedua..penerbangan terus ke madinah..malam pertama mmg teruja tambahan melihat keceriaan jemaah menaiki a380 buat kali pertama...bukan kata jemaah tapi semua staff yg terlibat menguruskan jemaah pun gembira...
Malam ketiga aku dah tumpas..menangis dibahu melor sebelom pergi kerja..penat tido siang dan tido malam mmg berbeza..tapi perasaan kembali gembira bila lihat kapal dugong yg kosong penuh dgn jemaah..bila difikir, crew yg bertugas lagi penat...sampai kul jam 1 pagi..jam 1pagi esoknya kena bersiap utk kapal seterusnya..hurmm..kira sama je dgn kami..
Dan kini tggl beberapa penerbangan sahaja lagi..chaiyok2..tak sangka hampir selesai..bermula 21.8 jemaah akan terus ke jedah..sayu sungguh lihat mereka yg putih bersih berihram dan bertelekung...
Bertuah sungguh menjadi tetamu Allah dimusim haji..samada petugas mahupun jemaah..hampir 2 bulan melakukan ibadah tanpa gusar memikirkan hal kerja dan rumah..tumpuan hanya masjid dan ibadah..masyaallah seronoknya..
Sedang aku yg mendapat peluang umrah juga sangat gembira .inikan menjadi tetamu Allah di musim haji...bertuah sungguh mereka..
Moga ada peluang utk aku menjdi tetamu Allah lagi..rindu masjid nabawi..rindu kaabah...rindu air zamzam..rindu berpusu2 kemasjid..rindu kurma segar..Allahuakbar😢😢😢😢😢😢😢