Tuesday, March 2, 2010

petikan dr artikel akhbar berita harian............02/03/2010



SELEPAS Halimah Jongang yang mendapat pelbagai maklum balas, Cik Normah tengok Astro Prima sekarang ini sedang ligat pula buat promo untuk telefilem terbaru mereka berjudul Fatimah Juling. Kalau tidak silap Cik Normah, Fatimah Juling juga diterbitkan oleh syarikat yang sama iaitu A Aida Production. Kalau Halimah Jongang dilakonkan oleh Sheera Iskandar, Fatimah Juling pula dibintangi oleh Julia Ziegler. Cik Normah tak kisah cerita apa pun yang produser televisyen tempatan kita nak buat, tapi Cik Normah yakin lepas ini jenuh telinga Cik Normah nak menjawab panggilan telefon daripada penonton yang tak puas hati dengan judul Fatimah Juling.
Cik Normah bukanlah berfikiran tidak terbuka, cuma Cik Normah tertanya-tanya apa perlunya meletakkan judul drama yang boleh menyebabkan penonton kecil hati. Mentang-mentang Halimah Jongang dapat rating tinggi, penerbitnya dan juga Astro nak cipta rekod lagi apabila menerbitkan pula drama Fatimah Juling. Tak kisah apa pun alasan penerbitnya, nak menaikkan martabat golongan itu atau sebagainya, pada Cik Normah alasan diberikan sedikit mengarut. Kita tak berada dalam kedudukan mereka, memanglah sedap mulut dan hati kita saja nak buat drama sedemikian. Cuba kalau si produser itu sendiri bergigi jongang dan matanya yang juling diejek atau dipersendakan macam dalam kedua-dua drama itu, macam mana rasanya? Bukan setakat judul yang menjengkelkan, bahkan siap disertakan pula dengan lagu. Tapi Cik Normah kurang pasti adakah Fatimah Juling ada lagunya juga.
Cik Normah harap Astro pun sensitif sikit dengan pelanggannya. Cik Normah bukannya apa, cuma simpati pada orang yang menjadi bahan ejekan. Bimbang pula ia akan menjadi ikut-ikutan oleh penerbit drama lain pula.


et said:
aku bersyukur coz ada gak wartawan mcm cik normah ni...lap u la cik normah.
org lain boleh la ckp alaaa nama jer sama tapi bukan jongang...
ala...gg ko memang jongang tapi nama ko bukan halimah
ala...gg ko bukan teruk macm cerite halimah jongang tu...&^&%^#*
arghh..melihat org gelak bila tanyer nama aku n melihat sampai nak keluar biji mata kemudian tersengih-sengih...mmg buat aku bengang tahap gila....gila pun tak bengang mcm aku.
aku bc statment kat paper ari ahad aritu siap ckp ada org yang gg jongang malu nak buka mulut dier tapi lepas ada cerita HJ dier rasa hari2 dier nak buka mulut-mcm tipu jer bunyinyerrr
dier tau ker sebab cerita nila aku tertekan hidup..semakin down..hari2 aku nak duduk umah n kalau aku pegi kerja aku akan tutup pas aku supaya org tak tgk nama aku.....sebab kalau org tau nama aku dorang terus akan senyum kambing aka wat senyuman palig comel dialam semesta...
gila punya orgggg...................................
aku nak buat mcm mana kan?bukan aku yang minta gg aku mancung semancung hidung aku....
bukan aku yang terhegeh-hegeh nak gg mcm ni...tapi bukan la sampai kene tutup mcm org takut guna H1N1 tu...memang memalukan....
tak apalah...tuntut sajer diakhirat nanti..memalukan manusia lain walaupun itu bukan niat sebenar dihati org yang buat ini cerita.
memang dia ckp bukan niat dier nak memalukan org tapi adakah dier tahu dier dah memalukan aku, keluarga aku, keluarga mentua aku...dan org sekeliling gelakkan aku hanya kerana nama dan fizikal aku mcm cerita tu...
setiap kali aku bercakap ngan org n dorang tanya nama aku, nak jer aku cakap "tiada kene mengena dengan cerita itu"....................................
kalau nak tau sekarang ni baru aku mampu mengulas tentang cerita HJ ni...selama ni aku teramat malu sangat rasa mcm tak mau keluar umah dan aku hilang kawan sengal aku kerana cerita ni...aku marah dia coz aku dgr dia nyanyi lagu tu..huhuhu sedihnyerrrrrrrr...rindu gelak tawa n guarauan kasar tahap maut ko XXXXXXXX...bangang nyer cerita..
yang buat cerita ni tau tak yang aku dulu suka sgt bercakap tapi sekarang aku paling malas buka mulut..masa mula2 cerita halimah jongang start aku tak bercakap dengan org sampai dorang tanyer kenapa aku sekrg senyap jer..ada plak kwn aku tanyer aku ada mslh ker?hmmmmm
ntahlaaa

aku marah sangat cerita ni kerana:
1. nama dan fizikal aku hampir sama(walau tak teruk mcm cerita tu)
2. aku semakin tak nak keluar rumah...aku rasa semua pandang aku n gelakkan aku...argggghhhh
3.aku dah kurang kawan2 kat opis kerana aku tak leh control kebengangan aku terhadap serita ini.........arrrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...dasar xxx
4. aku kene gelak ngan staff nurse + doktor kat klinik gg gelakkan aku ms aku nak psg pendakap gg..malunyerrrr..ms tu cerita halimah jongang belum jd drama bersiri lagi...
huuuuuuu...YA ALLAH aku sungguh malu tetap[i aku bersyukur aku punya mulut dan GG uuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak balik kampung lah..

aku yang amat marah
halimah jongang yang tak jongang
no love but start war