Sunday, April 25, 2010

aku pun mahu juga











salam...
aku bermimpi lagi..
kali ini semakin indah...
dikelilingi sang bidadari kecil
yang sentiasa menjadi igauan didunia realiti
ingin kudakap ingin kubelai
ingin kucium pipi gebumu tapi
aku tahu itu bukan untukku

yang indah itu datang lagi...
semakin hari semakin meronta dihati ini
semakin difikirkan semakin sesak dada ku lagi
takdir tuhan boleh kuterima dengan reda
ya...mungkin bukan rezki aku
tapi YA ALLAH...bila lagi peluang untukku
tiadakah yang teindah ini untuk aku?

yang putih itu dari kamu
yang bahagia itu dari kamu
yang gembira itu dari kamu
semangat hidup itu juga dari kamu
bilakah kamu itu akan datang dalam hidup aku?

aku tetap menunggumu walau seribu tahun lagi...
aku tetap menunggumu walau ia bukan dari rahimku.....
aku tetap akan terus menunggu
kerana aku tahu hanya kamu mampu membahagiakan aku dan melor...
yang sentiasa mengharap
et