Thursday, April 15, 2010

Janji Allah itu benar...amin


salam...
just want to shared a good story for us...
subhanallah...alhamdulillah...allahuakbar..

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuhperasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan paramuslimin-muslimat sekalian.Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikanurusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malahbeliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timursemenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yangdibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal duniaketika lepas solat Asar.Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesaimemberi salam yang pertama.Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksudsaya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Matiketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin(medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusanpengkebumian.Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.Maka bergegaslah ustaz M ke hospitaluntuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikanini begitu istimewa pada pandangannya,kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedangmengimami solat!Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospitaltelah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarangpengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazahmendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanyaseorang imigran, yang bermastautin di negara kita.Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulujenazah tersebut untuk beberapa haribagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudianitu barulah segala urusan yang berkaitanpengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudahpun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan AllahSWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiranrohnya di atas tikar sejadah!Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi."Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M."Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya."Ya, ustaz M bercakap"."Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asartempohari?", sang suara memintakepastian."Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ",ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya."Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahusang suara ringkas."Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",balas ustaz M.Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapahari 'pending'.Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nakmengurus kan dokumennya.Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Dibilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospitaldan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imamtersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telahditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.Tambahan pula jenazah orang luar.Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yangmemandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebutdengan perlahan-lahan. ..Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini jugaberpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggalsebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orangsedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras danmembeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pulapada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan"ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiadaperkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji AllahSWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakankan?....Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segerasebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarangmasalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakanjenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahajayang mengetahuinya.Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya padarakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidupsehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masakematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selaindaripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik,amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam danbersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat olehrakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang MahaMengetahuinya.MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yangmeninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, adajemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, adajemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain danada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannyasedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursuspengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni,paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orangsahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia adamenyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunatTahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni,Ustaz M memulakan cerita.Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hariJumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dansejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dansudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "UusyikomBitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam initerdiam....Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanyamemerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanyaImam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasanahening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motorkeluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Manayang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yangsedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaahyang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montelyang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentukke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangununtuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan inginmembantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di safhadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang bolehdiucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakatsetempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada jugayang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yangbaru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alamyang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskannafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dantidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat dudukatas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaankhutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah punmeninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihatbeberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu danpeliknya?... .Ya,Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masihmengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustazM lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangisungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama diamenguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...Subhanallah!Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazahimam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, makamuliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronokmelihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..YaAllah....... ......Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doaustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ininak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kuburmemberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntahdari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayatsampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasibunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatanganbakal penghuni syurga!SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nyaini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pundipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawainilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh padaperintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwahpada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegiturupa sejak dari alam dunia lagi.Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah iaboleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuhadan solat sunat Witir.Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairikehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula olehamalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatansebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.Wallahua'lam.



copy from email melor
et