Tuesday, May 4, 2010

adakah dia tanggang

salam

dia mengambil anak itu dr kecil..membelai dengan penuh kasih sayang..sanggup bergolok bergadai untuk sianak..walaupun bukan anak kandung tetapi kasih sayang yang dicurahkan tidak terperi hebatnya.ditakdirkan anak yang dibela itu menjadi dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi..amat besar hati si ibu dan bapa bila sianak berjaya menjadi seseorang yang boleh dibanggakan.walaupun sianak tahu dia bukan anak kandung, tapi dia menyayangi kedua orang tuanya..

tiba masa hati sianak lelaki itu dicuri oleh wanita yang telah merubah segalanya..kasihan si ibu..walau orang kampung tetapi bukanlah orangnya terlalu kolot.masih tahu cara2 moden tetapi apa salah siibu sehingga sanggup dilakukan seperti itu...tergamak dia apabila sanggup menukar cadar katil yang telah si ibu bentang untuk mereka tidur di bilik rumah si ibu...tega hati dier sehingga sanggup membawa kain cadar sendiri kekampung...tergamak juga dia mengajak si suami tidur di hotel pada malam kedua...arghhh kejam sungguh di wanita(betina yang paling baik)

bila tiba masanya, rezeki Allah menjadi milik mereka lahirlah sianak..tetapi si isteri masih berperangai lama sehinggakan anak merangkap cucu si ibu tidak dibenarkan memegang si bayi alasan kerana kuman...arghhh bodoh sungguh si ibu...

tetapi kenapa si suami tidak menegur perbuatan si isteri itu..dayus kah dia...kaya sangatkan perempuan itu..sebenarnyer tidak..lawa lagi umah aku hahaha...mungkin si suami pk dia anak angkat kot tapi org tu yang bela ko dr kecik sampai besau....

dan yang lebih tegar..sanggup dia amik duit mak bapak dier dengan alasan nak bantu bayar duit umah yang kat kl milik si ibu...memang keluarga nya bukan org kaya tetapi hidup mereka tidak melarat tetapi mengapak masih ada sikap betina yang berhati binatang seperti itu?


kita disogok dengan cerita2 sedih di tv dan bagi aku kadang2 pengarah berlebihan dalam mereka part sadis..tapi sebenarnyer memang realiti yang kita tak tahu.cerita yang aku beritahu ni adalah cerita benar yang berlaku di negara kita..apalah malang nasib si ibu sehingga si anak sanggup melakukan perbuatan kejam ini...


sekarang si ibu ditakdirkan jatuh sakit dan terkena strok..wang tabungan habis diberi pada si anak kerana sayang sangat...bukan aje wang tetapi semua barang kemas..bayangkan hanya kerja biasa sahaja, si ayah perlu menyara si ibu serta keperluan lain termasuk pampers setiap hari..

ekonomi semakin gawat..alhamdulilah bagi yang bekerja tetapi bagi mereka yang kurang bernasib baik bagaimana..mana mahu cari duit untuk makan,ubat serta kegunaan kecemasan..kasihan sungguh mereka ini..

sampai hati dia lakukan si ibu sebegitu rupa...Ya Allah semoga aku berpeluang membalas jasa ibu ku...

cerita ini benar tau
et