Wednesday, May 12, 2010

hati ini kecewa lagi

salam...

malam ini sungguh damai
malam ini sungguh tenang
malam ini tiada lagi gangguan
malam ini sangat menyeronokkan


tapi malam damai ini tidak panjang
diganggu dek anasir jahat bermulut longkang
aku benci pada mereka yang tiada peri kemanusian
aku benci mereka yang bercakap tanpa otak dan akal fikiran
hanya tahu menyakiti tanpa tahu ia amat memedihkan


bukan aku menolak pada kenyataan
bukan aku mengharamkan segala perbuatan
bukan aku mahu bemulut syaitan
tetapi korang yang mahu aku sedemikian
korang yang mengajar aku tentang kehidupan yang mencabar
korang yang membenarkan segala yang tidak bena
r

mengejek untuk melawak
bercakap untuk ditertawa
mangajuk hanya kecewa


tapi hati sapa yang tahu
tapi jiwa siapa yang faham
tapi hati mana yang tidak meronta

aku bukan seperti itu
aku bukan watak itu
aku bukan teruk sangat seperti itu
cuma nama kita sahaja yang sama
tapi aku bahagia bersama chenta hatiku


kau buat drama untuk org ketawa
kau buat drama untuk kemewahan shj
tapi adakah kau tahu ada jiwa yang sengsara
ada hati yang memang tak terbela
dek cerita itu...

sampai bila2 pun mereka akan mentertawakan aku
sampai bila2 pun mereka terus mencemuh aku
sampai bila2 pun mereka akan terus senyum sinis terhadap aku
bila aku lawan, dikata aku tidak boleh dibawak bergurau
adakah itu gurauan sehingga memalukan aku?

ketawa aku ketawa duka
senyum aku senyum kecewa
tangis aku belum tentu akan meredakan semua
hanya kerana cerita itu
hanya kerana drama itu
aku semakin terseksa

aku bukan halimah jongang