Wednesday, September 22, 2010

mimpi itu....

Salam...
21/09/2010
Tiba-tiba aku ada dihalaman rumah mak..bersih sungguh halaman mak..semua bunga mak kembang mekar dengan semua warna ada..merah,ungu,pink,oren..dedaun yang semakin menghijai..aku mencari mak..nampak dia ada dibawah pokok rambutan dihadapan rumah..kerusi dibawah pokok rambutan yang abah buat tersusun rapi.dedaun kering berwarna coklat terus mak cakar dan kumpul kan satu tempat..dan aku pula berada dihadapan beranda berdekatan pokok terung mak yang cantik berkilat..rindu sungguh aku suasana itu..udara yang segar dan nyaman sekali...terasa udara ceria dan amat gembira..dihalaman lain dibawah pokok rambutan berdekatan rumah pak njang kelihatan abah mencakar sampah disitu...abah?
aku bingung tapi ku lihat amat gembira sekali..tiada titik peluh atau penat diwajah abah..dan ada juga adik-beradikku yang lain membantu mak dan abah mengangkat sampah yg hanya dedaun kering lalu membakarnya..dan along keluar menatang air..begitu ceria dan bising sekali suara kami 7 beradik...tiba-tiba, abah mencuit tangan aku....eh..bila masa pula abah berada disebelah aku pun tak sedar..abah cakap "tolongla mak yer"....wajah abah memandang tepat ke mata aku.
aku terdiam...tidak mengia dan tidak menidakkan...hanya terdiam dan terus terbangun....
aku melihat jam di hp..jam kol 4 pagi....ALLAHUAKBAR...abah!
ekceli lepas jer mimpi ni aku terus tak tentu arah sebenarnyerrr..cerita pada mak sure menambah luka..dan akan aku cuba bantu mak..InsyaAllah...YaALLAH Kau bantulah aku dan keluargaku...hanya KAU memahami akan segalanya..Kesulitan dan cabaran telah mak lalui...aku amat mengharap aku dapat berikan mak bahagia yang tak tehingga walaupun impian aku masih tersemat rapi dihati ini.
YaAllah Kau Murahkan rezekiku ini...semoga aku dapat membantu keluargaku....amin
et

No comments: