Monday, December 6, 2010

maal hijrah 1432h

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar

Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta

hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

oleh itu mari semua kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
untuk sepanjang zaman

Dulu masa sekolah, selalu ada pertandingan nasyid n aku yg memang tak sedar diri ni memang selalu la masuk…hahaha…tak tau kenapa tapi mungkin sebab boleh lari tak yah masuk kelas.huahuahua…korang mesti ingat kan lagu yg memang femes la ms nak sambut awal muharram..pastu sibuk la cari kain batik nak pakai untuk persembahan nasyid tu..yerla kain songket mana la ada..mak aku bukan ada pun songket2 ni..pehtu siap bakar arang nak iron kain batik tu..hahaha dulu umah aku mana ada elektrik.kalau ada pun abah aku start enjin kol 7 ptng..tapi maner la beli seterika elektrik kan..huhuhu..kenangan sungguh...

tapi.......apalah kebaikan yang telah aku buat untuk tahun ini.dulu mana nak ingat semua ni..yg tau ms sekolah akan ada pertandingan nasyid.haaa itu jer la kan..

semoga segala amal ibadat aku diterima Yang Maha Esa..semoga segala dosa-dosa aku diampunkan dan semoga cahaya, rahmat dan rezekiMu sentiasa ada untuk aku…amen.


so petang ni moh la kita sama2 membaca doa akhir tahun dan awal tahun...semoga kita mendapat keberkatan bersama..insyaallah



lots of luv

et-budak comot

No comments: