Wednesday, March 23, 2011

hmmmm

Ia hilang entah kemana
Umpama angin sepoi-sepoi bahasa
Mahu ku tangkap ku simpan ia
Biar ia terus membara
Tidaklah ia padam secara tiba-tiba
Sehingga susah mahu aku mencari semula

Semangat itu pegi tak kembali lagi
Walaupun puas aku mencari
Sehingga kini tiada di hati
Sukar untuk aku gerakkan jemari
Menari indah di keyboardku ini
Tapi aku merintih kembali

Ingin kuluahkan seluruh alam
Ingin ku khabarkan segala yang terpendam
Ingin ku berlari jauh ke sebarang
Mencari ketenangan yg sukar di genggam
Menghilangkan gundah yg lama bersarang

Namun aku tiada kekuatan
Mahu kuluahkan namun tak kesampaian
Ingin ku jerit namun ku ketakutan
Takutkan pada bayang2 yg kelam
Dan ia semakin pudar hilang
Pergi bersama semangat yang lama tak datang
Walau ku kupujuk namun ia terus bersarang
Di lubuk hatiku yang paling dalam
Tapi aku amat mengharapkan
Semoga ia akan ada kesudahan
Tanpa perlu ada kesakitan yang bersarang
Biar tiada dendam yang mendatang

Semoga kasih sayang ini berpanjangan