Thursday, May 12, 2011

ikhlas

salam


marah, dimarahi, dimarahkan
tengking, menengking, ditengking
bincang, berbincang, dibincang
halau, menghalau dihalau
semua sama tapi berbeza
semua serupa tapi amat ketara
emosi, peribadi atau kehormatan diri

tiada yang perlu diertikan
t iada yang perlu dinyatakan
tiada yang perlu diuraikan
tiada yang perlu diceritakan

hari ini kekal dengan cerita semalam
menjadi lukisan pahit yang terus bersarang
menjadi kenangan tak terucap dengan senyuman
yang hanya dibayar dengan tangisan
kelukaan yang meninggalkan kesan
walau mungkin satu kesalahan
yang akhirnya menjadi titik permulaan
mungkin detik hitam yg tak mungkin ku padam
dan aku berserah padamu tuhan
kerna KAU MAHA MENDENGAR

hari ini akan aku mulai detik baru
mencari kesilapan diri
yang mungkin bermula dari aku
dan aku akan memohon kemaafan itu
dengan IKHLAS dari aku
kerna
aku menyesali atas apa yang berlaku

p/s: egokah aku?

salam sayang
kekodokbulat



2 comments:

Angah said...

phehh ayat kau ...tkpa at least abg melor kau dh obatkan hati kau,ok a leh tgk wayang.wayang lak best memamng berbaloi2 la....apapun apa lagi kita nak buat,gelak kuat2 nangis kuat2 hmmm kalah aleesya kan kikikikiiiii.
kebenaran itu kadangkala menyakitkn....tapi itu yangterbaik...

kekodokbulat said...

beb...bila dikenang balik tetiba rasa nak gelak lebih kuat dari biasa...hahaha...memang la lebih teruk dr alesya kalau nangis..teruk sampai tak berbunyi langsung...hahaha

pengalaman lalu tu kadang2 indah kan walaupun tak manis untuk dikenang