Tuesday, July 5, 2011

aku terus disini

salam


aku mungkin akan terus disini
mencari satu konklusi
menggapai impian hati
meneruskan perjalanan walaupun terpijak duri
meronta hati dalam paksaan
merintih jiwa dalam keperitan
kesakitan yang dirasai
kadang-kadang amat melelahkan
semangat itu hilang bak tiba hujan
tenggelam bersama arus yang dalam
membiarkan aku tergapai-gapai keseorangan
tiada tangan yang menghulur bantuan
hanya terus menuding aku tanpa belas kasihan

aku akan terus disini
melihat segala yang akan berlaku
merasai semua kekejaman itu
yang gah terus megah
yang kerdil terus ditindas
melihat kesedihan tanpa dibelai
menonton sandiwara tanpa menyokong
membiarkan yang salah terus menang
rasa bersalah terus menyerang
walau hati memberontak melawan
namun aku hanyalah si semut yang menghalang
bila gajah datang menyerang
aku akan terus dipijak dan menghilang
yang akhirnya akan dituduh menghalang
gajah yang lalu tak akan memandang
sisemut yang kerdil lagi malang

dan aku tersedar
aku akan terus disini


p/s:bulan gerhana

lots of luv
kekodokbulat


No comments: