Sunday, August 21, 2011

sayang selamanya

salam


ingin ku ungkapkan segalanya
menggunakan butir kata yang indah
yang bakal menerbitkan resah
biarpun jiwaku lemah
perasaanku semakin resah
mencari sedikit kekuatan dlm pasrah
aku rindu segalanya tentang kamu
harum rambut hitammu yang kasar
mencium pipimu yang mulus
melihat gigimu bila tersenyum
mendengar suara paraumu yang merdu
memicit jerawat dibelakang badan yg kering
menggenggam erat tanganmu yang semakin kurus
menghidu bau minyak hitam dibajumu yg kuat
berlumba kentut dimeja makan
yang akhirnya mengundang rasa marah yang lain
arghh...rindu

hangat dimamah mentari
tapi
masih terasa hangatnya tanganku menggenggam tanganmu
urat kasar yang disentuh
tanganmu yang lebih besar
buat aku rasa selesa
buat aku rasa selamat
rasa sayang mahu melepaskan tangan itu
walau sekejap
kerna hingga kini, aku tidak merasa
menggenggam tangan itu lagi

walau dirimu susah berdiri
kami tetap membantu
walau dirimu tersenyum sepi
kami mahu meghiburkanmu
walau dirimu degil tidak mahu turuti
kami tetap merelakan hati
tingginya pengorbananmu
terlalu besar nilai untuk ditafsirkan
besarnya kasih sayangmu
seluruh lautan dalam belum dapat disamakan
betapa teruk penat lelahmu
tidak mampu kuganti dengan segala kemewahan
hanya doa mampu kutitipkan
moga dirimu diletakkan disyurga tertinggi dengan aman
dijauhkan segala seksaan
menikmati segala kepenatan duniawi yang hanya pinjaman
dilapangkan kuburmu, diterangi cahaya syorga
dikumpulkan seluruh keluargamu
semoga kita berjumpa disana abah
insyaallah, suatu hari,
kita pasti berkumpul lagi

sayang et pada abah selamanya
walau sekarang masih terasa
suasana gembira hilang bersama
semangat et pergi juga
kesian emak tak mampu et bicara
kerna melihat emak umpama abah pun ada
bukan menghukum atau lupa
tapi susah untuk et susun segala bicara
et rindu abah sehingga kadangkala
terlalu lama untuk bercerita dengannya
bukan et tidak merelakannya
kerna et tahu abah tentu tak suka
tapi jiwa et terlalu kosong
umpama abah membawa ia pergi bersama
dan et tak tahu sampai bila
mohon ampunkan et abah
kadangkala sayang itu menyeksakan
walaupun ia adalah yang terindah

Alfatihah abah..Hj Halim Hj Sanusi - 21 ramadhan