Wednesday, August 31, 2011

selamat hari kebangsaan



melihat segala gambar
membaca semua cerita
menghayati segala derita
namun aku masih gagal dan alpa
yg kadangkala menjadi bala
atas kecuaian diri sendiri yang katanya
sudah merdeka

merdeka kah aku ketika ini
walau tiada komunis menggila
atau sijepun yang memenggal kepala
aku masih dibelenggu sipembelit cerita
yang kadangkala terpinggir ditanah air tercinta
yg katanya sudah merdeka

aku merdeka dari penjajah nyata
namun aku gagal di emosi dunia
dijajah pemikiran idelogi yang ntah apa-apa
yang akhirnya aku yg sengsara
memikirkan adakah aku sudah merdeka
diduniaku umpama roller coster
namun
aku bangga aku anak malaysia
bumi yg kecil didalam peta
namun besar dimata dunia
meninggalkan kesan2 yang berharga
membuatkan mereka tersentak seketika

biarkan aman ini berterusan
biarkan aman ini berpanjangan
biarkan aman ini berkekalan
jangan diusik segala kesunyian
jangan dicari segala kesalahan
walau hanya untuk memuaskan nafsu syaitan
kerana ia bukan penyelesaian
yang akhirnya akan mengecewakan

Merdeka..Merdeka...Merdeka
aku cinta tanah airku
aku cinta tanah melayu

Selamat Hari Kebangsaan

lots of luv
et