Saturday, September 10, 2011

kenapa sakit pinggang


kenapa aku sakit pinggang

1-nak period kot : tapi sebelum ni tak pernah rasa sesakit ini
2-banyak duduk kot : mungkin juga
3-angkat barang : mungkin jugak sebab last week aku tukar lagi posisi bilik tidur aku
4-buah pinggang rosak : ni ayat melor. dia ckp aku tahan "buang air kecil"(wah lama tak guna perkataan sopan ini)


hurm...sebenarnyer aku demam kali ni berserta sekali dengan sakit pinggang yang melampau. bila aku dah duduk, sangat susah aku nak berdiri tegak dengan postur yg betul. duduk membongkok pun sebab nak tahan pinggang.

setelah merajinkan diri menggoogle apa yg patut, aku rasa mungkin sebab lebih kepada yang no 3. sebab aku memang suka angkat barang sensorang tanpa tunggu melor..alih perabot, alih pasu dan apa saja la barang yg boleh dialih oleh aku..uwaaa..belum pun 40 aku dah sakit

belakang...sedih sungguh. lepas ni kena kurangkan aktiviti ini..
dibawah ni adalah sedikit kenyataan yg aku ambil dari KiatHidupSehat.com

Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang

  • Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
    dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
    terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
    ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
    sakit belakang.
  • Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
    pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
    dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
    terutama di bahagian pinggul atau Cervical. (memang aku selalu angkat barang guna pinggang...tak bengkok lutut pun)
  • Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
    berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
    makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
    pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
    bikarbonat. (lately ni aku sangat suka minum kopi+nescafe.asam ni lagila..peberet..uish.kena kurangkan ni)

  • Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
    terhadap sakit belakang.

    tapi aku lebih suka pesanan yg dibawah ini..

    Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-

    • Banyak bersabar, kawal perasaan marah (berkaitan dengan Hempedu (NW14),
      Tekanan darah tinggi (NW7).
    • Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
      yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (NW12).
    • Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat
      (yang berkaitan dengan organ pankreas (NW15)
    • Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10).
    • Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
    • Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
      pinggang NW13).

      semoga info ini berguna untuk aku dan yg lain...sayangilah tubuh badan kita..

      sayangkamulajulaju
      kekodokbulat

3 comments:

Santri T.P.I.N.I said...

wah...bekground baru yer. dah cuba makan panadol extend ke? panadol tu ok jugak untuk sakit pinggang sbb dah try sendiri.

et said...

hahaha...et belom cuba walaupun disuruh oleh melor..degil yg memakan diri sendiri...ari ni akan et cari panadol itew..huhuhu..tq yer

haah..background baru..tp macm serabut...tak lama backgrnd ni..akan ditukar jer nampak gayanyer.hehehe

wani said...

aku palingsuka petua yg terakir tu haa psikologi,......mcm sesuai jajd sebb utama.....tula ang suak sgt alihh2 set bot hang sndiri...ingat kuatkooo kau? kau potri kena dok diam22 loooo hahhaaahhaaa kand sakittt