Monday, October 31, 2011

"Nuffnang Blog Awards, Here I Come".

Putrajaya Marriott
16 Disember 2011 / Friday



aku teringin pakai cantik2 pegi dinner. Dedulu masa keje company lama, setiap tahun mesti ada dinner. Masa tu melaram tak ingat la kan. Bukan fikir nak menang best dress ker (tapi kalau menang ok jugak) tapi sebab seronok dapat ikut tema yang ditetapkan. Njoy sesangat. Sekarang ni kalau nak pakai dress pegi keje ada plak kang yang cakap “ekau buang tebiat ke”hehehe..

makanya, dengan semangat otomen, aku nak juga buat ntry ini sebab aku nak sangat menghadiri nuffnang blog awards ini. Antara sebab musababnya adalah

1 ....nak jumpa otai2 blogger yang teror dlm dunia blog

2....aku nak tengok la blogger yang aku calon tu menang ke tidak?(harap2 yg aku calonkan tu menang)

3....aku nak melarammmm...muahaha...

Nuffnang jgn risau, kalau aku dipilih, aku akan ambil cuti siap2 pada 16 disember 2011 bersamaan hari jumaat walaupun event tu start 6.45pm untuk registation dan acara bermula jam 0800 mlm.

Lagipun aku tinggal kat NILAI, maka acara yang berlangsung di GRAND BALLROOM, PUTRAJAYA MARRIOT, bukan masalah besar bagi aku nak pegi kesana..muahaha

Dan akan aku cari baju yang sesuai untuk COCKTAIL DRESSES nanti..wahhh tak sabarnyer aku nak berangan kan..boleh la aku melaram bulu mata pelesu ..gagagaga


aku nak tiket ni arrr(klik sini untuk butiran lanjut)muahaha
(submit ntry sebelum 11/11/11 jam 1159pm yer))

Tak sabar rasanya nak jumpa 500 blogger dari asia-pasifik yang akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk acara Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 dibawa oleh Volkswagen Malaysia dan Putrajaya Marriot. Semoga ada rezeki dan kita berjumpa disana..


p/s:tq redmummy...tq nuffnang

p/ss:moga ada peluang untuk menang.. :(