Tuesday, December 13, 2011

sinopsis jet jonah

inilah sinopsis cerita JetJonah yang aku baca tu...ekceli aku bukanlah pakar sangat yer..jadi inilah yang boleh kucoretkan..hahaha


kisah mengenai 2 sahabat baik Jet atau nama penuh nya Muhammad Izzat dan Jonah atau namanya Nurjannah tinggal di Kampung Ayam Berjambul yang sentiasa bergegar sebab kenakalan mereka sehingga ibu bapa masing2 pening kepala mahu menghukum mereka. jujurnya aku memang tersengih2 bila baca kisah kenakalan mereka dikampung. bagaimana nakalnya mereka sehingga akan memanjat pokok kelapa yg tinggi sebab termakan kata abang jonah mengenai boleh pandai jika minum air kelapa dengan banyak.

ditambah pula bagaimana nakalnya mereka membotakkan semua pokok rambutan milik pak dollah dengan alasan pak dollah akan mendapat pahala kerana bersedekah. kerana perbuatan mereka, ibu Jonah yang dipanggil Yah mengikat mereka dipokok rambutan yang paling banyak kerengga. sejak kejadian itu, izzat seolah2 merajuk dan tidak mahu berkawan dengan jonah lagi.

kemudian jonah berpindah dan selepas itu mereka terpisah sehinggalah suatu hari jet menjejak Jonah dan menjumpai gambar profile Jonah dan jet semasa kecil ketika mereka bermain lumpur.

sejak itulah mereka bertemu kembali dikota london(rupanya dua2 dilondon bekerja manakala jonah membawa diri kerana tertekan dengan mslh yg melanda dirinya)
walaupun ceritanya happy ending tapi aku suka jerk...hahaha


ini sinopsis belakang buku

Sinopsis
London, 2007

“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

II

1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm… berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”

Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!



p/s:Ayu, ini khas untuk hang..hehehe

lots of luv
et