Thursday, December 8, 2011

sukasukisuku


aku ingin bercerita disini
tapi ada mata yang memerhati
ada tangan yang akan menyimpan bukti
umpama menjadikan kes dikemudian hari
supaya aku terus berdiam diri
sehingga aku takut bayang2 sendiri

terus melihat permainan duniawi
yang terus menindas mereka yang sepi
sepi bukan sebarang sepi
sepi penuh bara dihati
walau reda tapi masih terkesan dihati
yang kadangkala menjadi permainan dengki
tapi aku juga yang tertindas lagi

dimana letaknya aku dimata mereka
dimana letaknya aku di mulut mereka
dimana letaknya aku dihati mereka

aku bukan mahukan sanjungan
bahkan bukan mahukan pelukan
cuma perlu sedikit ruang
untuk aku menyatakan kejujuran
atau berikan sedikit kepercayaan
yang dari dulu sukar untuk aku pegang
umpama aku siketam yang berjalan senget
walaupun sampai kehujung laut
tapi perjalananku jauh terpaksa berdingkit
sehingga kaki pun melecet
kerna jalannya yang senget benget

salah aku tak tahu berbicara
salah aku tak tahu menutur kata
salah aku tak pandai madah berbunga


rugi rasanya menjadi aku
kerna
merasa diri selalu terpinggir
terasa hati walau ayat hanya sebutir
belum disuarakan terus dicantas
semuanya terbeku didalam minda
yang akan keluar bila tidak diduga
dan bahana yang datang cuma pada si hina


coretan ini hanya untuk aku
supaya beringat kisah sedih dulu
supaya aku sentiasa berhati2 melangkah
menongkah arus yang berliku dan deras
andai aku berjaya berada dipuncak
akan aku terus memandang kebawah
tak perlu mendongak kelangit
memandang awan yang cerah
kerna yang pasti hujan turun membasahi tanah

tiada siapa perlu terasa
tiada siapa perlu merasa
tiada siapa perlu mengambil kira
pandai berkata dunia ini bukan milik kita
tapi bila berkuasa tak ingat syurga neraka
umpama hidup sampai bila-bila
dan inilah padahnya
bila hati panas membara
macam2 yang akan tertera
buat mereka yang terasa
esok lusa sampailah masa
aku pasrah tanpa ikhlas
dan aku akan terus berubah

amin

p/s:kadangkala kita berdiam untuk kebaikan

loys of luv
et




1 comment:

Anonymous said...

isy ayatt kalah mama juwieeeeee laaa