Tuesday, December 27, 2011

universal studio singapore last episode

lepas far2 away castle dan tengok wayang yang best tu, kami ingat nak terus keluar sebab dah petang sangat. konon2 nak balik awal sebab malas nak beratur lama2 kat imegresen.tapi tukar duit lagi sket nak beli barang (tukar duit sikit mcm kat jb tadi), then aku ajak melor masuk tengok orang nyanyi2.siap ada api2 lagi..show 25 minit jer..tapi best jugak...cuma sebab dah penat jadi nak beronok-ronok tu tak der semangat dah.

suka benar melor
ni lepas far far away castle..
on the way keluar jumpa kungfu panda lagi...sebab pagi tadi tak sempat ambil gmbr, makanya aku paksa gak melor pi amik gmbr...dapat jugakk..hehehe..comelnyer diaaa
muka berminyak giler dah....

masa dah keluar akan lalu kedai2 coklat, chili's n mcm2 la...depan reese ni ada maskot dia...amik jerla gambar..kang kecik ati dia aku tak nak bergambar ngan dia(hahaha...karut)
lepas tu kami masuk mall dia, tetiba tengok ramai kerumun ingat apa, jadi aku pun gedik2 pegi, rupanya cinderella kot..aku rasa yerla cinderella..sebab aku rasa mcm tak layak jer bergambar ngan dia, amik jer dari jauh kan..uwaaaaaaaaaaa...tapi takper tak sedih sangat..kalau princess fiona aku nak la..
ni la hasil pegi itu ari...tq melor untuk patung shrek tu
alhamdulillah, selesaila sudah. confirm pegi lepas ni tak sesat lagi. tapi seronok sebab pegi sendiri kan?huhuhu...banyak game yg aku tak masuk. dulu masa masuk everland kat korea banyak game yg kami tak boleh main sebab kami kan besar(betol tau)...sebab tu aku takut nak naik roller coaster. ms kat korea depa tak benarkan naik. sedih betol + malu gak la kan sebab staff dia suh aku keluar..hahaha..tapi depa replace ngan another game..lastly aku n melor main game budak2 jer..hahaha..tapi everland dan uss lain sangat. yg sama kami pergi dekat2 nak krismas la..kalau di everland lagu krismas korea version punyalah kuat, tapi kat uss senyap jer...ada la bunyi tapi orang jerit2 jer...cuma keseronokan dia tetap sama...bak kata mas tukul arwana "amazing..amazing"..hahaha

itulah cerita aku dan melor..orang nak bercuti, aku pun sibuk nak bercuti. orang bawa anak2, aku ngan melor bawa lemak jerla..hahaha. ada aku kesah?muahaha tak baik tau.

walau apa pun cara mahu bergembira, keselamatan yang utama. kesihatan juga perlu dijaga. minum air kosong banyak2. maklumlah musim hujan kan(winter malaysia). hehehe dan musim demam...

lots of luv
et