Saturday, June 9, 2012

divider di gg ku

dah lama nak pasang bracess. tapi tak pernah berjaya + tak der confident diri. aku buat di pusrawi kl. dokter yg rawat aku tu baik sangat dan lemah lembut. waaaaaaaaaaa sukanya aku.

ok aku bermula pada 17/12 pagi. iyer petang tu aku pi jb..hehehe..

so untuk kenangan aku dimasa depan.maklumlah ini perubahan terbesar yang aku ambil masa sangat lama nak buat. tapi yang utama aku buat bukan sebab nak cantik ok. terlalu banyak sebab sebenarnyer..huhuhu

kronologi aku dan gg

17/12 -
1st appointment untuk tengok kos berapa yang kena. apa yang perlu doktor tu buat pada gg
aku semua. ok cost semua lebih kurang rm6000. untuk 1st appoitment ni aku kena bayar
rm30 jer(murah kan). then buat appointment kedua.

23/12-
temujanji kali ni dokter ambil acuan gigi aku, rekod everything semuala..amik gambar sekali..hahaha... lepas tu dia suh xray kat jalan raja laut, bangunan kwsp. untuk second appointment aku kena bayar rm150 sahaja di pusrawi. terus pi untuk xray. tunggu dlm sejam jer sebab patient depa ramai. untuk xray aku bayar rm 100. maka total bayar xray n temujanji kedua aku bayar rm250.
temujanji ke 3 akan dibuat lepas aku bagi xray pada dokter pusrawi...

tapi punya la bercinta aku nak pegi anta result xray tu sebab aku keje petang masa result keluar..simpan punya simpan, tengah blan satu aku antar..itu pun suh adik ipar aku antarkan..muahaha...

so aku tunggu..tunggu dan tunggu.. si ida kol aku cakap dr wan nak suh dtg next appnt 18/02...aku on jer..untuk cuci dan discuss apa lagi ntah

18/2-
18/02 bersamaan hari sabtu aku keje petang masuk kol 4. memang selama ni aku pergi sendiri naik erl turun kl sentral. dr kl sentral amik cab bayar 14 hengget. untung kalau jalan jam..tapi KL kalau tak jam bukanlah KL namanya.

kami tido umah mak melor memandangkan melor keje pagi sabtu tu, jadi senang untuk aku la kononnya. habis appointment, aku balik umah mak melor, konon dari sentul ke kl sentral nak dtg jam 2 la kan. sekalinya jam 1 hujan turun lebat. memang lebat gila. aku tahan teksi, satu teksi pun tak berenti. aku balik rumah mak mentua aku tukar seluar jean tapi basah jugak. sampaikan baju2 aku pun lencun. jam 2 setengah teksi masih tak mau ambil aku sebab aku dah basah. finally suh adik ipar aku antar kat lrt. naik motor tanpa helmet. memang sedih gila.
sedih + kecewa sebab langsung tak der teksi nak berenti amik aku.(kenangan betol)
sampai klia aku masuk lewat sket jer tapiiiii baju aku memang basah. lenjun ok..
nasib baik cleaner ada iron. aku pinjam iron depa, aku iron seluar dan baju aku dan telah membuatkan carpet ada cap mohor iron tu(terlebih panas+cuak)
bila mak melor cerita kat melor, member sedih tahap gaban. kesian kat bini dia la mengkononya..hahaha..sayang u melor..
makanya, bermula dari tarikh itu, setiap kali temujanji dengan doktor, aku akan ditemani oleh melor.dia takbagi lagi aku pegi naik public transport. sayang u melor. next appointment aku 02 april 2012..ari ni tak der bayar apa pun

02/3-
agak menakutkan appintment kali ni sebab aku kena operate gg aku sebab ada gigi yang pernah dicabut dan tertinggal. makanya susah untuk pergerakan bracess kalau aku tak buang tunggul gg yang tertinggal. minor operation ni hampir 2 jam jugak la gg aku dikerjakan. kali ni aku jumpa dengan dr fat. chomel n lawa dokter ni. baik plak tu..masa dia operate gg aku, tak der rasa sakit pun..bestnyer..hasilnya aku dapat mc 3 hari..adoiiii total bayaran untuk minor operation rm600
. appointment berikutnya kena tunggu arahan dari dokter wan sahaja.aku perlu cabut lagi 1 gg.huhuhu

agak lama aku tunggu untuk next appointment, sebab dr wan kena pegi conference lama.akhirnya 21/4 tu aku kena pegi jumpa dr wan untuk pasang getah colour biru tu. seminggu gak pasang benda tu...sakit bila nak makan jer..ok la..

then 28/4 aku pasang ring dan cabut 1 gg bahagian kiri..sakit pasang ring tu tak rasa sangat sebab lebih sakit cabut gg...total amount rm320 (cabut+cuci+ubat).

maklumlah gg sihat kan. kena cabut. kali ni agak sakit la kan...dan dr wan cakap aku kena jumpa dr fat lagi sekali pada hari isnin tu tapi aku tak jumpa sebab ada hal. tak dapat pegi. jadi jumpa pada 02 mei sahaja untuk pasang full bracess.

dah la masa ni ada BERSIH yang tak berapa nak bersih tu kan...memang dugaan betol la...aku kol gak ida, dia cakap jalan ok jer...masa kami pegi memang jalan clear gila..best sangat2 la kan masuk kl tak jam..hahaha

02/5-
so 2 mei tu aku amik cuti setelah buat gaya fasha sandha kan..hahaha(adoi cuti tak lulus lagi sabtu ni...cari nahas betol aku ni)pagi2 gerak naik erl sebab melor memang tak boleh antar aku.dia keje. sampai kl sentral amik teksi terus pi pusrawi..tapi biasalah jalan jam yang hebat la kan..orang sibuk pi keje, aku sibuk buat keje..

sampai pusrawi jam 0910..dr wan ada patient. tp aku kena jumpa dr fat dulu.sebab dia kata gg aku ada lubang. nak kena tampal..then dr wan panggil aku sebab nak pasang ring dulu. hurm okla ikut jer..kira berserah jerla kan..(ring gg atas tak leh pasang sebab tak muat.jadi kena pasang getah lagi masa 28/3 ari tu)

dah pasang semua, dr fat sampai..check n dia buat xray, tengok2 tak der pun lubang. lega akak..bukan apa, lega sebab budget aku tak lari la sangat(walaupun dah lari banyak)

pukul seploh lebih masuk jumpa dr wan dan mula pasang semua bracess..memang lenguh la kan..sakit tu tak terasa sebab mulut yang kena nganga besar2 tu yang sakit tapi dia letak la alat untuk buka mulut tu.

hampir jam dua belas baru siap pasang semua. dr wan tanya, nak colour apa, aku pilih2, amik warna putih sebab tak mau terlalu menonjol sangat kan(malu la kononya)

masa first time melor tengok, memang dia gelak la kan..hahaha..malu pun ada. lepas ni memang berus gg akan jadi peneman aku la kan. ..total bayar hari ni adalah rm2630(downpayment bracess+rawatan dr fat)

buat bracess ni boleh bayar bulan2. ada klinik gg yang buat amik deporit serendah rm1800. macam di pusrawi, memang dia ambil deposit rm2500 dan bulan2 bayar sebanyak rm150. tapi kalau ring pecah atau tercabut, dia akan kira lain.

alhamdulillah, akhirnya setelah macam2 dugaan aku tempuh, tercapai juga hsrat aku. bila aku dah pakai braces, ada yang cakap, napa aku pasang bracess..habis tu masa orang ejek aku,bagi macam2 lagi gelaran, ko pun tolong gelak dan mengiyakan. pastu siap cakap, aku pakai bracess sebab saham aku dah jatuh..helloooooo i ada melor ok...laki i sayang kat i...buat apa saham2 untuk menggoda ni...salah orang la lu nak cakap kat gua ni kan..

secara dasar dan asasnya, aku pasang bracess untuk tambah keyakinan diri. memang la dari dulu aku ni kene ejek dengan orang. kawan pun semua memilih nak yang cantik2. yang tak berapa nak cantik mcm aku ni memang tak der saper la nak kawan. cikgu2 mahupun lecturer nak ajar yang cun2 jer..yang kurang sedap mata memandang ajar pun ala kadar jer..

aku rasa dan aku nak tulis apa yang aku rasa, sedih bila jadi mangsa pilih kasih ni. aku cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun tak der sapa nak pandang sebenarnya. macam menggapai asap, dah pegang tapi dia pecah..tak rasa pun macam mana asap tu..muahaha

tak perlah..yang penting niat aku nak pakai bracess ni memang untuk keyakinan diri aku. lagipun malu tua2 kena ejek macam2 ni, kalau panggil fasha sandha ker, fazura ker, ok gak kan..hahaha

itu jerla kronologi aku bergigi besi ni...sibuk citer kat sini kan..blog aku, untuk kesenangan aku. untuk aku ingat macam mana susahnya aku nak pakai bracess, berhujan, berpanas, orang buat rusuhan, aku merusuh, melor pun merusuh..hahaha...kenangan sungguh..

tapi aku nak pakai bracess ni sejak tahun 2002 lagi. cuma kewangan tak mengizinkan..sekarang ni alhamdulillah.tambahan dapat sponsor dari dato k kan...hehehe...

p/s:jgnlah bosan yer dengan cerita ini. series ini untuk kenangan aku selepas ini...



lots of luv
et
edit dr 02/1/2012 (baru nak publish)