Thursday, March 15, 2012

Bunohan

Bagi pendapat aku, memula tengok mcm tak paham, rupanya, permulaan cerita itu adalah endingnya. aku suka situasi dan lokasi2 yang cantik. mcm filem yasmin ahmad pun yer jugak. tapi yang paling mantap mestilah pelakon2 hebat yang ada dalam filem ni...ada NAMRON, SOFI JIKAN, FAIZAL HUSIN, PEKIN, dan yang penting ada BRONT PALAREA (nampak sangat pelakon yg aku minat yer)..hehehe
tapi watak jolok tu sapa ntah pelakonnya. hebat jugak mamat tu berlakon..tapi aku tak tahu plak nama sebenar pelakon tu. relax jer dia jadi jahat.
kisah bermula apabila Ilham (Faizal Hussien) sebagai pembunuhan upahan yang cilik membunuh mangsa yang telah ditetapkan menggunakan kerambit jer. memang aksi ni buat aku pejam2 mata. ngilu gila dengar pisau dia kerat leher orang..Ilham ni kerja dengan Bront dan di satu kawasan perlawanan tinju Tomoi di thailand, menjadi pergelutan apabila Bunga Lalang / Aidil (Zahiril Adzim) dilarikan oleh kawan sekampungnya kerana dia parah dan hampir kalah dalam perlawanan tersebut. Perlawanan tinju Tomoi haram tu pulak diuruskan oleh Bront dan oleh kerana Bunga Lalang dibawa lari, maka dia perlu dibunuh(bunga lalang ni ada hutang dengan bos depa tak silap aku la/belot kot)
makanya, bront pun suruh la Ilham pi cari Bunga lalang dan bunuh jer dia. Bunga lalang ni diselamatkan oleh kawan baik dia nama Mikin(best la lakonan mamat ni). dengan mengharungi hutan belukar, paya lalang(memang cantik kawasan tu) dan macam2 la sampai la depa kat kampung sebenar Bunga Lalang/Aidil. nama kampung tu KAMPUNG BUNOHAN.
dalam masa yang sama BAKAR (Pekin Ibrahim) pulang kekampung Bunohan sebab nak pujuk ayahnya yang tua tu supaya menjual tanah 30 hektar ditepi laut yang juga ditempatkan kubur ibu Ilham. Tetapi ayah berdegil sebab telah berjanji tanah itu milik Aidil.
bermulalah konflik disini bila sebenarnya Bunga Lalang, Ilham dan Bakar adalah adik beradik tiri yang berbeza ibu. masing2 membawa diri kerana konflik yang terjadi. Bakar yang terlalu taksub inginkan tanah tersebut sanggup mengupah orang supaya menggali kubur yang ada diatas tanah 30hektar tersebut termasuk kubur ibu ilham. Rupanya kubur itu tidak dipindahkan tetapi mereka buang semua tulang tu didalam paya sahaja.
watak Namron sebagai Pok yeh lebih kepada memakai kain batik sangat unik(relax jer).
cerita ni berakhir dengan matinya, ilham dibunuh oleh bront sebab ilham suruh dia lepaskan sahaja bunga lalang, bunga lalang mati masa bertinju dengan kawan baiknya mikin dan ditambah pulak si Jolok bubuh racun (nama racun tu ***** kambing) dalam ubat merawat luka Bunga lalang, dan ayah mati ditangan Bakar semsa sedang bermain Puteri ditepi pantai.
cerita yang hanya guna 1 wanita sahaja iaitu Tengku Azura sebagai buaya jadian..huhuhuhu
penggunanaan bahasa kelantan yang penuh. suka dengar Bront cakap kelantan..hahaha..tapi aku lebih suka watak Jolok tu...napa la tapi mati jer Jolok tu.
tapi yang paling jahat mestilah Bakar kan..muka baik jer mamat ni tapi jahat sunggoh..muahaha..
bagi yang tak berapa paham bahasa kelantan, jangan risau ada subtitle melayu..
macam biasalah kan, aku tengok sensorang jer cerita ni..melor kerja..huhuhu.
p/s:ini adalah pendapat dan review aku yer...kalau salah maafla..hahaha
lots of luv
et