Tuesday, March 27, 2012

bengang

pernah tak korang kena paksa masuk insuran?korang dah tolak elok2 lepas tu dia ckp mcm2. rasa mcm mulut dia tu mcm machingun(salah eja pun lantakla).

kejadian bermula semalam bila aku didatangi oleh seorang akak yang jual insuran dan suruh aku masuk sebab nak tolong orang melayu..katanyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

ok aku ada kerja nak buat, boo layan dulu. kendian dipanggil lagi aku ketempat dia, aku tak pergi lagi dan ckp tak mahu dengan cara yang baik dan siap senyum lagi...

akak tu tak puas hati dia dtg kat aku bersama buku panduan dia yang sangat tebal dan tanya, anak berapa, umur berapa, keje dah berapa lama. pergh mcm inpektor gadget gitu.
lepas aku jawab dia pun teruskan dengan misi nak suruh aku masuk gak insuran dia. aku ckp aku dah ada...memang dah ader pun.

then dia ckp produk yg aku amik tu tak bagus, interest tinggi la apa la...tak kisah la kak..yang saya tau saya dah dapat untung.

kengdian dia ckp "ko tak der anak, baik ko amik. senang nanti. duit ni sampai bila pun tak cukup. ko simpan sikit kat sini. insuran + saving. sikit pun tak per la. dah ko jgn ckp banyak, ko masuk jer. isi borang ni...ha A***F, ko pun masuk untuk anak ko.bla..bla..bla"..sian member aku yg duk situ, last2 dia pun terjebak...

tapi yang pastinya aku tak berminat pun nak masuk.aku tahu jodoh pertemuan ditangan tuhan. hidup mati pun hanya Allah yang Maha mengetahui. tapi akak tu tak perlu la sebut benda2 yang tak sepatutnya mcm kalau bercerai la apa la..(pengalaman akak tu la kan). aku tak selesa sangat2 dengan cara dia yang mendesak-desak ni.

geram betol aku. dah la mcm2 hal nak buat, dia plak dok menebeng kat aku suh masuk. geram giler aku. arghhhhh sakit hati plak bila teringat peristiwa semalam.

rasanya, memang semua orang akan ada masalah dengan duit. maklumlah kerja sektor swasta ni, gaji bukan banyak pun. harga barang semua naik. akak tu ingat gaji aku riban-riban kot. aku pun banyak benda nak bayar. orang lain hutang aku dah senang lenang hidup dia. tak bersalah pun. phewww geram rasanya. akak pegi la suh depa yang amik. saya ni memang banyaaaaaaaaaaaaakkkk benda nak bayar. memang banyak kak..tak kan perancangan kewangan dan kehidupan aku nak cerita panjang lebar kan kak?

tapi cerita mcm2 kat akak tu bukan dia nak paham pun. dikondemnya aku balik ada. dari aku naik darah, diam dan blah...sudah...

insuran ni bagus, tapi aku dah ada dah..tak kan nak masuk lagi...hadoiiiiiii..habistu, sapa nak bayar insurans-insurans yang aku ada?akak ke?

p/s:tak suka dipaksa dan kena paksa...

lots of luv
et