Thursday, May 10, 2012

berani punya budak


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri? pergilah terjah yer

review aku:
mula2 cerita aku gelak...dah nak habis pun aku gelak.gelak yang terbahak ok...cerita ni untuk mereka yang tak suka pkr mcm2.ko tengok untuk gelak sahaja. yang buat kelakar sebab semua pelakon dlm bahasa thailand akan di ubah menggunakan suara afdlin shauki. tak kira pondan ka, gangster ka, heroin cun ka hatta makcik cleaner pun akan menggunakan suara afdlin shauki..hahaha..suara datin moon pun keluar yer.melor plak sampai makan popcorn 2x. dia bangun pi beli popcorn lagi..lapar gamaknya.hahaha..panggung adalah sangat penuh..best plak bilik yg no 8 kat alamanda tu yer..
suka watak awie yang tak banyak cakap dlm filem ni..cakap pun dalam hati jer..hahaha..
yang paling aku suka mestilah watak johan ngan adlin jadi detektif..si pelakon thailand tu asyik salam 1 malaysia jer yg dia tahu nyer..pastu si johan boleh ajuk dia plak kata dia yg dah duduk malaysia pun tak ckp salam 1 malaysia..hahaha..kelakar2

lots of luv
et