Wednesday, June 13, 2012

chowkit oh chowkit


aku baru tengok filem chowkit...
aku suka dengan lakonan budak2 tu
aku suka sebab ada beto
aku suka sebab ada namron
aku suka sebab pelakon cina tu hensem
aku suka sebab ada dira
aku suka sebab ada lana

cerita best...
lagu best..
sedih ketawa suspen semua ada
memang patut 18 tahun keatas jer.
nangis aku tengok budak tu jaga adik dia yang sakit
siannnn dia...uwaaa

sapa minat boleh tengok disini chowkit

sayang filem ni tak banyak sangat promosi dia
sebab filem ni bagus..dr filem cinta cintun kan?eh terlebih sudah

sinopsis

Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.

Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.


sebenarnya dia ada 2 cerita..satu kisah kanak2 tu. lagi satu kisah pasal gangster2 tu...time yang gangster2 ni la ada dira dan beto.hurm bestlaaaaaaaaaa...

p/s:baru tengok kan?huhuhu

lots of luv
et