Saturday, July 21, 2012

Jurujual Mati Ditembak Di Segamat

seram betol bila baca..ambil dari mstar online...
sebab bndr terdekat dengan umah mak aku adalah segamat
moga ALLAH pelihara family aku dari segala merbahaya..

Jurujual Mati Ditembak Di Segamat

SEGAMAT: Seorang pekerja sebuah syarikat jualan langsung mati ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketida dia sedang menunggu isterinya pulang daripada bekerja di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa Asnar Yunus, 28, dari Felda Palong Timor mati setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta bersama beberapa orang lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Supt Md Anuar Ismail berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk, tengkuk, serta bawah telinga kiri menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

"Mangsa ketika itu sedang menunggu isterinya dalam sebuah kereta berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka apabila datang sebuah kereta menghampiri kenderaan mangsa. "Salah seorang penumpang dalam kereta itu telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Md Anuar berkata, polis sudah mengenal pasti individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan tersebut.

Difahamkan, ini adalah merupakan kejadian tembak ketiga di daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Dalam kejadian pertama pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh lelaki bermotosikal ketika mangsa sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Genuang.

Manakala pada 23 Jun lalu pula, dua orang suspek melepaskan empat das tembakan ke atasa seorang pemandu trak penunda menyebabkan mangsa mengalami cedera dalam kejadian di Bandar Baru. -BERNAMA


sedihnyer la dah la ramadhan..moga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman...alfatihah

tak kisahlah apa sebab dan masalah melanda, sekarang ni nyawa macam makan koci jer..mohon share disini


lots of luv

et

1 comment:

Angah said...

amboi tukar dinidnh umah sambot bulan ramadhonn...