Friday, August 3, 2012

main masak-masak

lama betol tak update..mcm2 hal nak update tapi tak tau nak mula yg mana satu.
jadi nak buh dulu menu berbuka dan bersahur untuk tahun 2012 ni..jujurnya memang aku tak ingat dah bila aku buat menu2 ni..nampak sangat berat telinga mendengar, berat lagi bahu yg memikul kan?moga semuanya berakhir dengan baik..
aku nak juga abadikan kat sini. sekurang-kurangnya aku tau yg aku pernah buat menu2 ni untuk tahun 2012..muahaha

ni aku buat puding triffle..mudah sungguh membuatnya..aku amik kat blog neenaanuar..tq la pada tuan punya blog..siap ajar lagi lagu mana nak buat..siap ajar kawan aku lagi kat opis..beria bercerita..dia pun beria jugak sebab menjadi kan..hahaha..buat dlm bekas ni kengkonon feeling hebat sangat la kan!huhuhu

kengdian aku buat nasi lemak..pergh kali ni paling sedap seantero dunia. siap belagak lagi dengan mak aku sebab nasi lemak aku sedap..hahaha...nanti tulah ko et baru tau..berlagak gilos.
ekceli request dari melor nak nasi lemak..tapi aku nak makan udang petai..lama tak makan sejak ada divider kat gg ni kan..tambahan sebab dah teror buat sambal jadi beria la nak masak sendiri..sedap pulak tu..buka dan sahur aku duk ulang makan benda yg sama jer..maklumlah nak tunjuk kat melor betapa aku teringin sangat nak makan petai..hahaha..

pastu ni menu sahur kami pun aku tak hengat hari keberapa..nasi goreng, sup cendawan, ikan goreng dan sambal belacan mertuaku..hahaha..melor demand tak mau nasi aku buatkan meggi kari..

then buat mee goreng jugak request dari buah hati pengarang jantung aku. tapi aku malas nak makan mee masak nasi buat asam pedas ikan apa ntah(kecik sket dari kembong)....bukan buat2 tak tau tapi memang aku tak kenal pun ikan kecuali kembong, sardin,ikan bilis, talapia, siakap dan bawal..muahaha.(diva konon)
aku buat jugak caramel dari roti yg dah nak expired..senang jugak resepi dia ni...hahaha.
 kengdian melor request nak makan beger..aku dah cakap mamat ni bertukar deria rasa dengan aku..dia nak makan western jer..aku plak nak makan kampung..sambal belacan wajib.hadoiiii
ini beger aku guna 2 keping daging yang mana tengah2 dia aku bubuh cheese..masa melor makan meleleh jer cheese tu keluar...pergh kalah master chep...tapi masih ada unsur2 melayu yer disitu sebab aku letak popia..hahaha..malas nak buat salad..tapi memang aku buat satu untuk melor jer..mamat ni makan langsung tak dipelawanye aku..sedap sangat kot..tekebil2 jer aku tengok dia ngap..tapi aku tak teringin pun..sebab guna daging ayam. kalau daging nak jugak aku gigit.

dan ini pulak menu ari rabu aku buka puasa umah atok. ibu masak makanan ni katanya dari terengganu. kuah macam kuah laksam tapi tak bubuh lada sulah. buat pulak kuih cara kosong tu untuk makan dengan kuah ikannya. sangat-sangat sedap. aku pertama kali jumpa dan tengok dan rasa...nama tak pasti..gigih betol ibu masak..hahaha..tapi dia cakap ni ni jer dia buat..lain kali tak larat dah nak buat..hahaha..


dan ini plak kuih mak aku buat. nama dia nasi antah. dasar kuih ni bukan guna pulut tapi beras yang dah direndam dan digaul bersama kelapa parut. kepala dia sama macam buat kuih seri muka tu.kukus jer..aku memang suka kuih ni.tq mak sanggup buatkan untuk aku..muahaha

itu jerla serba sedikit rutin harian perut aku sepanjang puasa.alhamdulillah.
tapi yg tak berapa nak seronok rumah aku tak siap chat lagi..adoiiiii
mood rajin..datangla dikau

lots of luv
et

4 comments:

lady lavender said...

wahhh et...menu semua meriah! Tak tahu nak komen mana satu pasai semua menarik. Paling ketara tgk burger yg tinggi mcm menara tu eheh..selamat berpuasa :-)

wani said...

sakan menu depa,..aku? hmm malas sunggoh

et said...

lady kavender:hahaha..yerla kak saya keje shift..masa boleh masak nilah meriahnyer...kalau keje petang berbuka di office la alamatnya..huhuhu

et said...

wani:hahaha..sakan tengok mood jugak.