Tuesday, September 25, 2012

berakhirnya sebuah perhubungan

dia pernah menjadi sebahagian dari kami
dia pernah bersusah payah sebelum ini
tapi rupanya dia tidak kuat lagi
akhirnya dia nokhtahkan hidup dia disini.

benci pun bukan duit yang kami miliki
marah pun bukan bahagia yang dia cari
bunuh dia pun bukan mampu ganti semua yang telah diberi
semuanya hancur ditangan dia sendiri

hati dia memang dah tertutup rapat
dia sudah bulat dan nekad
tiada siapa mampu menghalang 
itu memang sudah keputusan

mungkin salah kami tidak menegur
mungkin salah kami tidak menegah
mungkin salah kami hanya menurut
tapi
kami biarkan bukan kerana marah
kami diamkan bukan kerana dendam
tapi kami sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan

dan semalam 24/09/2012
dia telah menokhtahkan segalanya.

untuk seseorang yang bernama azizah
kenangan kita biar jadi kenangan indah
mungkin kita boleh jadi kawan
dan mungkin kita boleh jadi lawan
namun
aku sendiri keliru dengan fikiran aku 
marah yang sangat terhadap apa yg terjadi
tapi kesian dengan apa yang kau kejar kini
umpama sengaja menjerat diri
moga kau bahagia dengan apa yang kau cari
tapi aku harap kau takkan hadir lagi dlm hidup kami
as a "family"


lots of luv
et