Friday, September 28, 2012

secebis coretan kehidupan

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

bismillahirahmanirrahim...
lama sangat aku nak tulis pasal ini...senang cerita aku namakan watak wanita ini sebagai mira..yang lelaki sebagai amar.

mira ni memang orang susah. hidup kawasan setinggan. dapat pulak bapak pemalas. harap mak dia jer kedai jual makanan yang tak seberapa sangat nak laku tu. dia ada abang dan kakak dan adik2 yang lain. bapak dia dah la pemalas, panas baran tak tentu pasal plak tu. dalam family mira ni kira lawa sikit la dari adik yg lain. lepas tu dia ni pandai amik hati orang. mulut tu manis jer.
masa sekolah menengah lepas pmr, mira tukar sekolah lain. masa tingkatan 4 dia tersuka kat sorang mamat ni nama amar. amar ni memang muka boleh tahan la kan. kira hot item kat sekolah. tak kira cina ke india ke semua suka kat dia. tapi mira ni malu2 tambahan dia tau amar ni kawan baik dia punya pakwe. tapi mira ni memang jenis ada aku kesah kan...dia pandai amik hati amar, jadi jatuh chenta la mereka. walaupun family ada yang menghalang lagipun sebab mereka masih sekolah, tapi mira dan amar tekad untuk serius bercinta.
habis spm, amar balik kg tanam anggur.hehehe..kat kg dia tolong keluarga dia..satu hal pulak sebab bil telefon family melambong sebab asyik kol mira jer. mira plak dah pandai datang umah amar. 
akhirnya kedua family nekad nak satukan mereka berdua walaupun tahu keluarga mira memang tak sukakan amar. maklumlah amar ni bukan orang senang pun. jadi bagi keluarga mira buat apa nak anak dia hidup susah sedangkan mereka pun susah. tapi yerla cinta tak kenal harta benda. semuanya balun...dulu-dulu tak pk pun nak hidup nanti guna wang ke apa..yang penting cinta ok..
mak bapak amar plak siap bagi pinjam duit lagi kat amar supaya cepat kahwin. siap keluar duit simpanan diorang lagi. kalaulah amar tahu mcm mana bapak dan mak dia pecahkan tabung yang diorang buat serta keluarkan duit dari kaki katil yg diorang simpan mesti mira dan amar tak kan jadi mcm ini.
diorang hidup bahagia. bapak amar memang sayangkan amar. siap bagi kereta dan modal untuk dorang mulakan hidup di kl. tapi yerlaaa..harap panas hingga kepetang tapi hujan ditengah hari.
tapi itu bukan persoalannya. masalah besar amar dan mira sekarang adalah mereka mahu bercerai. tetapi mereka masih ada rasa sayang. tapi sayang itu datang semula atau bagaimana?ntah la.. jika sayang mira tak perlu mencari orang lain yang lebih kaya dari amar. sedangkan hidup mereka sudah cukup selesa. bukan hidup susah pun sehingga perlu makan siput babi atau mengambil air minuman dilombong.
sudah ada rumah sendiri, ada kenderaan sendiri. pakaian yang bertukar selalu, mampu pergi bercuti, mampu keluar berhibur dihujung minggu. semuanya menjadi persoalan bagi semua orang. ini kerana, ini pilihan mereka, cinta mereka, sanggup berebut kasih yang lain tapi mengapa dia sendiri yang hancurkan. 
memang betul kata orang, "aku sayang dia, jadi aku perlu lepaskan dia untuk bukti aku sayangkan diri dia"...what the f*** sampai nak buat itu semua kan.....
sekarang ni, ahli keluarga mira mesti tengah buat parti vogel sebab gembira melihat perkahwinan mira yang dia nak sangat tu berkecai. hurm ok lah tu mira..pandai kamu menjaga maruah suami kamu kan?
tapi yerla kan....belum tentu keluarga mira pun mengecap kebahagian sebab ko pun dah hancurkan hidup anak2 ko sekali. harap muka jer baik2.
so sekarang amar dan mira tengah tunggu masa untuk lafaz cerai tapi mereka sangat baik. begitu juga keluarga amar. (ikut hati memang nak ludah jer bila dia datang.) tapi yerla itu jalan yang dia pilih. mungkinlepas ni boleh la lempang laju2 dah sebab dah tak de kene mengena lagi dah.

tapi yang pelik bila amar langsung tak mau jenguk mak dia yang susah hati dengan hal anak dia tapi amar plak buat tak tau jer. ntahla amar....wake up...itu emak tanggungjawab lu..lu anak lelaki sulung beb.bukan bermaksud adikberadik lu nak lepas tangan tapi lu waris paling kuat dia..kasih sayang lu terhadap dia adalah berbeza hokey. adik beradik lu ni memang manusia paling berhadap sopan. nak marah pun pikir takut lu terasa. kang langsung lu tak mau balik. jadi lu pkrla sendiri..dari lu buat2 busy sampai lupa mak lu, baik tak payah beb...mak lu memang rindu kat lu beb.rindu sangat.

hurm ntahla...aku cuma boleh mohon pada ALLAH supaya aku tidak diduga dengan masalah sebesar ini.aku takut sebenarnya...orang pernah kata hidup itu seperti roda. kadang kita diatas, kadang kita dibawah. aku takut sangat bila nanti aku diduga tapi aku tak kuat untuk hadapi semua ini...Ya Allah jadikanlah aku seorang yang kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.amin..

p/s:ubat paling mujarab adalah doa seorang ibu!!!!!!

lots of luv
et