Friday, October 26, 2012

musim hujan vs musim pecah rumah

assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera

dua tiga menjak ni kawasan perumahan aku semakin panas walaupun musim hujan. 2 hari lepas rumah jiran aku nyaris dimasuki pencuri.mereka masuk melalui pagar rumah aku yang mana pagar tu tak berkunci sebab melor pergi keje pagi jam 0730 dan aku akan balik rumah sebab aku habis shift jam 0700.kalau ikut logik akalnyer, apakejadah sampai orang nak mencuri dihari cerah kan? tapi itulah hakikatnya. 


modus operandi mereka dah bertukar. tak main la merompak rumah orang malam2 buta. risiko tak nampak ni lain sket. so depa buat siang yg terang benderang. maklumlah pagi2 kan semua org sibuk nak pergi kerja dan antar anak kesekolah. jadi ms tulah sipencuri ni masuk rumah jiran aku dengan memanjat pagar dr rumah aku...sebab dia tau rumh aku tak der orang. jiran sebelah aku memang full houswife. rumah mangsa ni plak ada anak dan suami dia keje shift tapi isteri dia office hour. jadi aku tak pasti samada semua kerje pagi atau ada yg kat rumah. 
sipencuri ni dah masuk garaj rumah mereka tapi jiran mereka yg disebalah sinun dah menjerit dah perompak tu terkejut lalu lari keluar. yang paling best dorang naik kereta alza warna putih yang dipandu oleh dua wanita yg sedang tunggu depan rumah. jiran2 ingat kereta tuan rumah sebab tuan rumah tu pun pakai alza juga.
haaa tengok bukan main2 yer..pompuan pun ikut sekali terlibat tapi bukan warga tempatan atau negro...
rupanya-rupanya, minggu sebelum tu, jiran kami juga sebaris dengan kawasan rumah aku pun dan kena rompak. masa tu dia dah buka pagar dan masuk parking kereta. belum sempat tutup pagar, 2 orang menaiki motor terus masuk rumah dia dan acu parang hokey..nak tak nak terpaksa ikutkan sahaja...
dan bulan sebelum ini, jiran aku juga rumah dia kena masuk pencuri semasa dia sibuk ambil anak kat sekolah...
hadoiii aku kat rumah pun gigil2 pkr kan hal rumah. bukannya apa, kami ni harap rumah jer besar(besar la sangat), tapi dalam bukan ada apa...kang diminta duit atau barang kemas, manik ada la..mau ka?hahaha.susah hati memikir sebenarnya. tambahan bila aku keje malam..lagi la aku pk chomel aku kat rumah tu...dah la dia tu selamba jer keluar kol 3-4 pagi then lepak kat tembok depan rumah...hebat kan?belum lagi kalau dia nampak benda yg mencurigakan mula lah dia keluar tunjuk gagah sangat..geget kang baru tau...

yang peliknya dia aim  deret rumah aku jer...hadoiiiii pencuri, jangan la buat kerje mcm ni..kamu ingat semua orang senang ker?banyak lagi benda lain kami kena buat. kami pun bekerja keras mcm kamu juga. bezanya kerja kamu ni menyusahkan orang. 
wahai pencuri-pencuri sekalian, semoga korang semua terbuka hati nak berhenti menganiaya orang. pergi la cari keje...tukang cuci ker, cleaner ker, jaga ker, jual tisu ka, semuanya kerja yg halal..jangan la sibuk sangat nak ambil hak orang lain..pastu nak cederekan orng pulak tu...huhuhu

Ya Allah, kau lindungilah kamu dan jiran2 kami..semoga semua dugaan ini berakhir dengan cepat dan perompak itu tertangkap..amin

p/s:korang2 semua pun berhati-hatilah....

lots of luv
et